Tak masuk akal perkenal cukai soda

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Hujah kerajaan mahu mengenakan cukai minuman soda dengan alasan kesihatan tidak masuk akal.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya tindakan kerajaan itu dilihat mahu mencari alternatif bagi menampung kehilangan pendapatan susulan penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


“Sebab itu, selain cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksana 1 September ini, cukai terhadap minuman soda pula dicanangkan.


“Asasnya adalah untuk mencari pendapatan untuk menampung kehilangan GST, tapi sedihya ia dicanangkan dengan hujah tidak masuk akal terutamanya atas alasan kesihatan kerana pada masa yang sama kerajaan bakal menurunkan harga gula,” katanya dalam kenyataan hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang laksana cukai soda: PM]


Tuan Ibrahim turut memberikan beberapa cadangan yang boleh menggantikan cukai minuman soda.


“Pertama, kerajaan Pakatan Harapan boleh menaikkan lagi cukai rokok dan arak.


Kedua, kerajaan juga boleh memansuhkan kategori bebas cukai terhadap arak dan rokok di zon bebas cukai di seluruh negara.


“Ketiga, kerajaan juga boleh menaikkan cukai judi kepada semua kedai nombor empat ekor agar tiket perjudian menjadi mahal dan tidak setimpal dengan hadiah yang diberikan,” katanya.


Katanya, faktor kesihatan dan kesihatan sosial lebih relevan untuk ketiga-tiga contoh tersebut yang bersifat tabiat tidak sihat dan haram di sisi Islam.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]