UPB sahkan keadaan stesen TV selamat

in Nasional by


SHAH ALAM – Polis mengesahkan keadaan bangunan sebuah syarikat televisyen swasta yang terpaksa dikosongkan malam tadi selamat.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, jentera yang ditempatkan untuk segala kemungkinan di premis berkenaan dibenarkan bertolak pulang kira-kira jam 1.33 pagi tadi.


“Pihak polis maklumkan Unit Pemusnah Bom (UPB) sahkan keadaan selamat dan benarkan jentera bomba bertolak balik,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat televisyen swasta gempar terima ancaman bom]


Terdahulu, sebuah syarikat televisyen swasta  terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.


Menurut sumber, kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.


“Situasi itu benar berlaku dan bukannya latihan.Ancaman panggilan itu dikatakan dari seseorang dan semua kakitangan berada di luar bangunan,” katanya kejadian sudah dimaklumkan kepada pihak polis.


Seorang kakitangan syarikat itu menerusi rakaman siaran langsung di media sosial berkata, ketika kejadian dia dan beberapa rakan sepejabat sedang bermesyuarat sebelum melihat kehadiran polis.


Anggota polis mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan itu keluar dengan serta-merta.


“Apabila ditanya, anggota polis beritahu ada panggilan ancaman bom di sini (syarikat televisyen swasta terbabit).


“Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi,,” katanya.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan panggilan ancaman bom berkenaan.


Panggilan diterima pada jam 11.19 malam sebelum anggota Balai Bomba Damansara tiba enam minit selepas itu.


“Kejadian melibatkan ancaman bom, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]