Upsi terima anugerah pentadbir terbaik universiti awam

in Nasional by


IPOH – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Prestasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi)  dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Pentadbir Terbaik pada majlis Malam Anugerah Gemilang Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MAGMA) 2018 yang diadakan di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


Upsi dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam.


Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik Upsi, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain turut dinamakan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Perdana Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam pada majlis berkenaan.


Anugerah disampaikan Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam 2018, Azida Azmi yang juga merupakan Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Naib Canselor Upsi, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata kejayaan tersebut membuktikan bahawa warga Upsi komited dalam merealisasikan aspirasi Upsi sebagai universiti pendidikan nombor satu di negara ini.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]