Warga emas teruja mahu ke Legoland

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri teruja untuk berkunjung ke Legoland Malaysia selepas menebus tiket taman tema berkenaan di pejabat Sinar Harian cawangan Johor, di sini, semalam.


Mohammad Hasnan, 64, berkata, dia dan isterinya Rohany Hassan, 66, dari Taman Universiti , Skudai, di sini, pertama kali akan ke taman tema berkenaan dan mahu bersantai bersama cucunya bagi mengisi masa lapang mereka.


“Pertama kali kami nak pergi  Legoland dan sebelum ini pun hanya dengar cerita tempat ini daripada cucu-cucu yang sudah pergi ke sana.


“Jadi, kali ini kami pula mahu ke sana tengok tempat itu dengan cucu-cucu,” katanya kepada Sinar Harian.


Mohammad yang juga pesara berkata, dia tiba di perkarangan pejabat Sinar Harian berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi walaupun kaunter tebusan tiket dibuka hanya pada jam 10 pagi.


“Syukurlah, walaupun terpaksa beratur dan ambil masa sekejap tapi ada kaunter khas penebusan untuk warga emas disediakan. Tidaklah lama sangat kami menunggu,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]