Monthly archive

August 2018 - page 4

Enam pegawai kanan PDRM tukar jabatan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata mendahului senarai adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah, Asisten Komisioner Abdul Razak Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.


Menurutnya, tempat Abdul Razak akan diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais.


“Seterusnya, pertukaran lain adalah Superintendan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan, Cawangan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Zaiton Hussain.


“Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada masa sama, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bidor, Perak, Superintendan Wan Hamzah Wan Kadir pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


Tambahnya, Pegawai Turus Risikan Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, Superintendan Zamri Deris dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


“Pertukaran keenam pula melibatkan Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah.


“Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Lagi Pegawai Kanan PDRM tukar jawatan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata mendahului senarai adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah, Asisten Komisioner Abdul Razak Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.


Menurutnya, tempat Abdul Razak akan diambil alih Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais.


“Seterusnya, pertukaran lain adalah Superintendan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan, Cawangan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Zaiton Hussain.


“Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada masa sama, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bidor, Perak, Superintendan Wan Hamzah Wan Kadir pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


Tambahnya, Pegawai Turus Risikan Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, Superintendan Zamri Deris dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


“Pertukaran keenam pula melibatkan Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah.


“Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Anti Berita Tidak Benar: Senator BN tak boleh halang mansuh

in Nasional by


SHAH ALAM – Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 masih boleh dimansuhkan oleh kerajaan walaupun dihalang senator BN yang menguasai Dewan Negara.


Memetik laporan portal Malaysiakini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, hal berkenaan disebabkan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan persetujuan Dewan Negara tidak diperlukan bagi kelulusan undang-undang di Parlimen.


Menurutnya, sekiranya Dewan Negara menolak rang undang-undang (RUU) itu, RUU berkenaan akan dirujuk kembali ke Dewan Rakyat untuk kelulusan.


“Selepas Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, kerajaan akan menyerahkan RUU itu kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan baginda.


“RUU itu kemudiannya akan diwartakan dan berkuat kuasa,” katanya.


Hanipa menegaskan, pada asasnya, Dewan Negara hanyalah rubber stamp (‘pak turut’).


“Dewan Negara hanya boleh menunda dan menangguhkan RUU tetapi mereka tidak boleh menolaknya,” katanya.


Bagaimanapun menurutnya, beliau berharap agar Dewan Negara sekali lagi akan memberi laluan kepada kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti Berita tidak Benar 2018 (Pemansuhan).


[ARTIKEL BERKAITAN: Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan]


Pada 21 Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyatakan Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan.


Menurutnya, kebebasan media menjadi agenda utamanya dan beliau komited dalam hal itu, yang menjadi antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.


[ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar]


Pada 18 Ogos lalu, RUU bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat.


RUU itu diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.


Hanipa ketika menggulung RUU itu berkata undang-undang sedia ada telah mencukupi dan ia boleh dipinda jika tidak mampu untuk menangani isu berita palsu.


Untuk rekod, terdapat 32 senator BN dan tiga senator Pas di Dewan Negara.


Dewan Negara yang bermula pada 20 Ogos lalu telah meluluskan RUU GST Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan serta dua lagi RUU selepas senator BN memberi laluan kepada kerajaan PH.


Sementara itu, pemansuhan RUU akta anti berita palsu ditangguhkan Dewan Negara ke 12 September depan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Projek kereta nasional ke-3 mampu pulih imej negara

in Nasional by


KOTA BHARU – Projek kereta nasional ketiga bakal dilaksanakan kerajaan berpotensi cerah dalam perindustrian automotif dan boleh memulihkan imej negara bagi sektor tersebut.


Bekas Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, perlaksanaan projek tersebut juga mampu mencipta model perniagaan baru kepada pengusaha tempatan meskipun ia masih baharu.


“Saya melihat projek kereta nasional ketiga yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan suatu projek pemulihan imej negara dalam industri automotif peringkat global.


“Ini kerana industri tersebut miliki potensi dan peluang besar ke arah membantu dan memulihkan impak ekonomi negara pada masa hadapan,” katanya.


Mengulas lanjut, katanya di samping mampu mencipta peluang pekerjaan yang banyak, ia diyakini boleh menembusi pasaran automotif di peringkat antarabangsa.


“Ini adalah berdasarkan kepada faktor sejarah dan juga produk  model kereta domestik yang mampu bersaing di peringat pasaran global,” katanya.


Oleh itu, beliau berkata, projek kereta nasional negara mestilah memiliki konsep yang jelas dan orientasi pembentukannya mesti mempunyai hala tuju mantap dan komprehensif.


“Meskipun pasaran untuk kenderaan elektrik yang tidak menggunakan bahan bakar seperti petrol dan diesel masih baru namun dalam jangka panjang ia menjanjikan pulangan dan keuntungan besar.


“Memandangkan industri kenderaan elektrik dijangka mampu mengambil alih dan menggantikan sistem konvensional industri automotif dunia yang menggunakan petrol dan diesel, sebaliknya menggantikan dengan elektrik car atau menggunakan sistem solar,” katanya.


Dalam masa sama beliau amat yakin dengan idea dan pemikiran Perdana Menteri yang mana projek kereta nasional negara mampu memberi impak baik kepada ekonomi negara.


Ditanya kesediaan untuk membantu projek tersebut sekiranya ditawarkan oleh Perdana Menteri, beliau memaklumkan akan terlebih dahulu melihat terma dan syarat yang diberikan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…

in Nasional by


PETALING JAYA – Foto transformasi seorang wanita yang dimuat naik ke laman Twitter ternyata menarik perhatian ramai.


Manakan tidak, dia yang dahulunya berperwatakan seperti lelaki kini tampil dengan gaya baharu yang lebih feminin.


“Ok. Menyesal gak dulu pilih untuk jadi pengkid. Kahkahkah buang masa h**at,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut yang mula tular sejak Selasa.


Bercerita lanjut kepada mStar Online, Atyn Junaidi, 26, mengakui mula berperwatakan seperti itu sejak di bangku sekolah lagi.


“Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid.


“Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian.


“Tapi saya berubah sebab kawan-kawan baik tegur dan saya fikir sampai bila nak jadi macam ni, bila orang sekeliling pandang,” ujarnya ketika dihubungi Mstar.


Mengulas mengenai penerimaan keluarganya, Atyn berkata, mereka begitu gembira dengan perubahan dirinya. Malah, dia juga sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.


Biarpun kini sudah berpakaian seperti wanita biasa, Atyn berkata sukar untuk dia mengubah personaliti semulajadinya yang agak kasar.


“Dulu keluarga pun bising tapi mereka memang tahu saya ramai kawan lelaki, saya tak ada kawan perempuan. Jadi lama-lama mereka pun faham.


“Bila berubah jadi perempuan balik, mereka gembira. Perangai kasar saya masih macam dulu cuma pemakaian saya perlahan-lahan ubah,” ujarnya lagi.


Tweet tersebut menerima lebih 12,000 ulang kicau (retweet) dan menerima lebih 8,000 tanda suka.


Menurut Atyn lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu bakal mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di laman Twitter.


Idea untuk membuat perkongsian mengenai transformasi itu juga timbul sewaktu dia membelek gambar lamanya yang jauh berbeza dengan dirinya sekarang.


“Bila scroll gambar-gambar lama, end up saya dah kahwin, macam tak percaya pula saya boleh berubah dengan drastik,” ujar Atyn.


Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter turut memuji transformasi tersebut dan ramai yang mengagumi kejelitaan Atyn menerusi fotonya dalam busana perkahwinan berona putih yang dimuat naik menerusi Tweet tersebut.


“Pengkid ni kalau dah berubah jadi ayu balik aduh dua kali cantik dari perempuan yang acah-acah cantik ni,” tulis @lxxxco.


“You’re so beautiful babe, by the way baju kahwin you cantik, congrats,” tulis @Hajar_Arfah.


“Jadi pengkid handsome, jadi perempuan cantik pulak tu. Haishhh untung siapa dapat,” tulis seorang lagi netizen. – Mstar


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

DAP saran MCA keluar BN, sertai PH

in Politik by


BALAKONG – Pengerusi DAP, Tan Kok Wai hari ini menyarankan agar MCA keluar BN  sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka pada PRK Dun Balakong bulan depan dan menyertai PH.


Katanya PH bersedia menimbang MCA sebagai parti komponen yang baharu dengan syarat parti berasaskan kaum Tionghoa itu bersetuju dengan prinsip PH.


“Mereka harus sertai kami sebagai sebahagian daripada PH sekiranya mereka kalah pada PRK ini…Itupun jika mereka bersetuju dengan prinsip PH dan mahu menyertai kami,” katanya selepas melakukan tinjauan bersama calon PH, Wong Siew Ki, di sini.


Khamis lepas, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dilaporkan berkata keputusan PRK DUN Balakong merupakan pengukur masa depan MCA bersama BN.


Pada masa sama, Naib Presiden parti Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga Pengarah PRK Balakong dilaporkan mengakui sukar untuk MCA merampas kembali Dun berkenaan daripada genggaman PH.


Mengulas lanjut, Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras, berkata keputusan MCA menggunakan logo sendiri pada PRK Dun Balakong juga jelas menunjukkan parti itu sudah tidak sehaluan dengan BN.


Pada masa sama, Kok Wai membidas MCA yang membuat pusingan ‘U’ berhubung Pas apabila turut mengajak parti itu berkempen pada PRK berkenaan selain berkempen untuk Pas di PRK Dun Seri Setia yang berlangsung serentak dengan PRK Balakong.


“Dahulu mereka (MCA) pernah menyatakan akan keluar BN sekiranya Umno bekerjasama dengan Pas, sekarang sudah jelas (Umno bekerjasama dengan Pas), mengapa mereka (MCA) senyap dalam hal ini,” katanya.


Sementara itu, Siew Ki menjangka lebih 60 peratus pengundi di kawasan itu akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 8 September ini.


Namun katanya jentera parti sedang berusaha memastikan lebih ramai keluar mengundi dengan sasaran 80 peratus berbuat demikian.


PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie daripada DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14, mendiang Ng menewaskan calon BN Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi.- Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Gempa bumi 7.0 cetus amaran tsunami di Pasifik Selatan

in Global by


NEW CALEDONIA – AUSTRALIA. Gempa bumi kuat bawah laut berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan berhampiran New Caledonia di Pasifik Selatan hari ini, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.


Gegaran dilaporkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 372 kilometer ke timur ibu negara New Caledonia, Noumea.


Menurut amaran pusat berkenaan, ombak tsunami setinggi satu meter mungkin melanda New Caledonia, Fiji dan Vanuatu berikutan gempa bumi kuat hari ini. – AFP/ Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Halimey nafi dakwaan Halimah

in Politik by


PETALING JAYA – Calon PH, Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa rakyat tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya memilih beliau dalam PRK Dun Seri Setia pada 8 September depan.


Beliau berkata, semasa perkhidmatannya sebagai ahli majlis, terdapat banyak penambahbaikan telah dilakukan di kawasan itu dan langkah itu akan dapat diperhebatkan lagi sekiranya pihaknya menjadi Adun di Seri Setia.


“Semasa saya menjadi ahli majlis, banyak benda telah saya lakukan, apatah lagi jika saya dipilih sebagai Adun. (Akan ada) lebih banyak benda yang akan dilakukan.


“Dan seperti sedia maklum, kerajaan yang memerintah di peringkat negeri adalah kerajaan PH, di peringkat persekutuan kerajaan PH juga,” katanya, hari ini.


Halimey berkata demikian bagi menjawab dakwaan calon Pas, Dr Halimah Ali yang mengatakan bahawa wakil rakyat dari PH tidak memberi manfaat kelak kerana tidak akan berani bersuara mewakili rakyat.


Mengulas lanjut, Halimey berkata, sekiranya Halimah dipilih, beliau tidak mampu melakukan sebarang perubahan berikutan suara pembangkang hanya kecil di dalam Sidang Dun


“Pembangkang juga tidak mendapat peruntukan bagi membantu rakyat khususnya di kawasan Dun Seri Setia.


“Namun jika saya dipilih nanti, saya akan melakukan tugas dengan lebih baik lagi bagi membawa suara rakyat di Sidang Dun,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Rokok seludup bernilai hampir RM2j dirampas

in Edisi Terengganu by


DUNGUN – Rokok bernilai RM 1.8 juta dipercayai diseludup dari negara jiran dirampas di perairan Paka, di sini  awal pagi tadi.


Dalam serbuan kira-kira jam 4.00 pagi, sebuah lori kargo dan sebuah bot nelayan diserbu oleh pasukan polis dari IPD Dungun dan Balai Polis Paka berjaya menemui 595, 000 karton rokok berjenama Luffman.


Ketua Polis Daerah Dungun, Baharudin Abdullah berkata, seramai 15 lelaki tempatan dipercayai dalang aktiviti haram itu turut ditahan.


Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 44 tahun.


“Kita terima maklumat daripada orang awam mengatakan beberapa lelaki memunggah kotak hitam ke dalam lori.


“Seorang pegawai polis bersama 11 anggota tiba di lokasi pemunggahan dan selepas diperiksa kotak hitam tersebut mengandungi rokok dipercayai di seludup dari Vietnam.


“Kita menahan 15 lelaki dan merampas sebuah lori kargo mengandungi ratusan kotak rokok,” katanya.


Beliau berkata, operasi di teruskan di lautan apabila sebuah bot nelayan yang diubahsuai bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dirampas.


“Sebanyak 1,190 kotak yang mengandungi 595, 000 karton rokok telah dirampas.


“Sekotak kecil rokok dianggarkan dijual dengan harga RM 3.00 dan nilai keseluruhan dianggarkan hampir RM 2 juta,” katanya.


Kata Baharudin, kesemua warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada pihak kastam untuk siasatan dan tindakan lanjut.


“Rampasan ini adalah paling besar dan kejayaan pertama pihak polis untuk tahun ini.


“Aktiviti haram ini dipercayai masih baharu di kawasan ini dan rokok yang diseludup dijual di pasaran tempatan.


“Kesemua rokok yang dirampas, lori dan bot disita akan diserahkan kepada pihak Kastam,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Dedah hutang negara: Peringatan berhemah urus belanja

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1,087.3 trilion adalah sebagai peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar lebih berhemah menguruskan kewangan dan mengambil langkah sewajarnya dalam mentadbir negara.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata pendedahan itu juga tidak bermaksud mahu memburukkan imej kerajaan terdahulu.


“Tujuan kita sekadar mengingatkan kerajaan bahawa inilah kedudukan hutang langsung dan liabiliti yang kita ada supaya kita dapat menguruskan kewangan negara dengan lebih bijak dan ‘prudent’ supaya kita mendapat ‘value for money’ bagi setiap projek yang kita laksana untuk kebaikan rakyat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaaan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani berkaitan hutang negara.


Beliau berkata langkah kerajaan dalam mengambil kira kesemua hutang dan obligasi adalah lebih berhemah dan realistik khususnya daripada aspek pengurusan kewangan negara.


“Langkah ini adalah untuk memastikan sebarang keputusan yang diambil kerajaan adalah lebih menyeluruh dan tidak membebankan kedudukan kewangan kerajaan berdasarkan maklumat yang lebih tepat dan komprehensif,” katanya.


Amiruddin berkata keyakinan pelabur dalam jangka sederhana dan panjang juga akan lebih kukuh berikutan langkah kerajaan yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA