Monthly archive

August 2018 - page 402

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Aidiladha adalah pada petang 11 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1439 Hijrah.


Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pengisytiharan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Korban akan dibuat melalui radio dan televisyen pada malam itu.


Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa penetapaan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).


Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa itu diperkenan melihat anak bulan Zulhijah di 29 tempat ditetapkan.


Tempatnya ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (ketiga-tiganya di Selangor).            


Juga di Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar (ketiga-tiganya di Kedah) ; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kusza, Setiu (ketiga-tiganya di Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu yang ketiga-tiga di Kelantan.


Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.- Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Kerajaan ulangi komitmen perkasa Islam ikut al-Quran, hadis

in Nasional by


PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi komitmen kerajaan bahawa pelaksanaan Islam di Malaysia akan mengikut ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis sahih.


Komitmen tersebut dinyatakan Perdana Menteri semasa pertemuan khas beliau bersama tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam di pejabatnya di sini, semalam.


Perkara itu dinyatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu.


Mujahid berkata, Dr Mahathir dalam pertemuan bersama 37 tokoh ilmuan Islam turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia model negara Islam kontemporari terbaik di dunia.


“Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.


“Dalam soal ini Dr Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran PH untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan,” katanya.


Antara yang hadir pada pertemuan tersebut Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin; Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti; bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid.


Katanya, ketika pertemuan itu Perdana Menteri turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara antaranya bagaimana memperkasa institusi Islam supaya tidak hanya membicarakan soal ibadat sebaliknya turut menyentuh bidang sains dan ekonomi.


Beliau berkat, Dr Mahathir juga mahu ekstremis agama terutamanya dalam isu kafir mengkafir sesama Islam diberi tumpuan selain komitmen kerajaan untuk membanteras fahaman ekstremis.


Dalam pada itu, Mujahid berkata sebagai kesinambungan pertemuan tersebut pihaknya akan mengadakan pertemuan susulan dalam kelompok lebih kecil sekali sebulan.


Beliau berkata perbincangan itu nanti akan lebih berfokus tentang isu-isu tertentu berbanding pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini yang menyentuh mengenai pemerkasaan Islam dalam konteks yang lebih luas.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Johor sedia jadi tuan rumah APMG

in Edisi by


ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor menyatakan hasratnya untuk menjadi tuan rumah dalam Asian Pasific Master Games (APMG) pada masa akan datang.


Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, acara temasya itu dilihat mampu memperkasa arena sukan di negeri ini selain  mempromosi Johor sebagai destinasi pelancongan.


Menurutnya, temasya tersebut melibatkan penyertaan peserta dari seluruh rantau negara di Asia yang mana ianya diadakan empat tahun sekali.


“Pada kali ini negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya di pilih menjadi tuan rumah dan selepas ini adalah Korea Selatan.


“Jadi, insya-ALLAH saya akan berbincang dengan kerajaan tempatan dengan pihak menteri besar untuk kita bid for the next Asia Pasifik Master Games nanti,” katanya pada sidang media selepas Pelepasan Larian Obor Asia Pasific Master Games di Iskandar Puteri, di sini.


Pelepasan tersebut disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.


Dalam pada itu Khuzzan berkata, bagi memastikan hasrat tersebut, pihaknya akan memastikan fasiliti dan kemudahan sukan serta pelancongan Johor mencapai piawaian ditetapkan.


Apabila ditanya mengenai sambutan siri jelajah larian berkenaan, beliau berkata, sambutan yang diterima amat baik bermula dari di Mersing dan pada 5 Ogos penyerahan obor kepada Melaka.


“Setakat ini sambutan baik dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sangat baik,” katanya.


Larian tersebut diadakan bersempena mempromosikan Asia Pasific Master Games  yang akan menjelajah sejauh 3,908 kilometer ke seluruh negara selama 99 hari bermula 28 April lepas.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Sebuah sekolah rendah ditutup banjir di Miri

in Edisi Sabah Sarawak by


MIRI – Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi satu meter akibat banjir setelah hujan lebat turun sejak 2 pagi, hari ini.


Ketua Bomba dan Penyelamat Bomba Miri, Law Poh Kiong berkata laporan awal setakat 9 pagi ini mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai di daerah Bakong ditutup setelah paras air mencecah 1.5 meter manakala Rumah Panjang Lepong Ajai turut terjejas apabila ruang tamu serta dapur dimasuki air.


“Satu kejadian tanah runtuh turut dilaporkan setakat ini iaitu di Batu 6 Jalan Miri-Bintulu,” katanya di sini.


Menurutnya, banjir kilat turut melanda beberapa perkampungan serta taman perumahan di bandar raya ini.


Katanya setakat ini kawasan terjejas banjir kilat ialah perumahan Taman Tunku, Kampung Pujut Padang Kerbau dan Kem PLKN Sungai Rait.


“Pasukan bomba dan penyelamat kini sedang meronda serta memantau tahap keselamatan di kawasan rendah,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Rapat dengan Uqasha: Ben Amir tak mahu gopoh jumpa keluarga

in Hiburan by
Uqasha dan pelakon, Ben Amir

Rapat dengan Uqasha: Ben Amir tak mahu gopoh jumpa keluarga


PELAKON, Ben Amir mengakui aktres cantik, Uqasha adalah wanita paling rapat dengannya buat masa ini.


Malah mereka sebenarnya sudah mula berkenalan sekitar tahun 2014.


Jelas Ben Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir bin Sabaruddin, berkata, dia mula rapat sejak digandingan dengan Nelydia Senrose menerusi drama Cinta Tiada Ganti.


“Kami sebenarnya dah lama kenal sejak empat tahun lalu.


“Bila saya berlakon dengan Nely barulah berjumpa semula. Sebab ada masanya Uqasha datang ambil Nely di lokasi.


“Sejauh mana perhubungan kami saya tak berani nak cakap tapi dia memang wanita yang sangat rapat dengan saya buat masa ini.


“Kami pun ada keserasian bila bersama, boleh sembang sambil gelak ketawa,” ujarnya kepada Sinar Harian.


Terus ditanya mengenai hubungan mereka, bagaimanapun finalis Hero Remaja 2011/2012 meletakkan soal jodoh pada ketentuan takdir.


“Kalau orang mendoakan yang baik-baik maka itu yang terbaiklah.


“Begitu pun, soal jodoh ini semua ketentuan-Nya, tak boleh nak paksa.


“Soal nak bawa jumpa keluarga biarlah masa menentukan dan saya sendiri tak mahu gopoh,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah, semalam.


Pelakon berusia 28 tahun ini juga berkata, keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat malah memberikan dorongan positif.


“Kata keluarga kalau dah suka sama suka teruskan sahajalah,” katanya ringkas.


Mengulas dakwaan netizen mengatakan aktor ini rapat dengan Uqasha kerana mahu menumpang populariti, dia akur itu hanya pandangan mereka.


“Saya berkawan dengan dia ikhlas dan tidak ada sebarang agenda tersembunyi.


“Kalau dah itu pendapat netizen saya tak ada hak nak halang,” katanya jujur.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Ibu bapa, pengusaha diminta berjaga-jaga

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Ibu bapa dan pengusaha pusat asuhan kerajaan, persendirian atau swasta di seluruh negeri diminta sentiasa berjaga-jaga susulan kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Kedah, Halimaton Saadiah Saad berkata, dalam isu itu, agensi terbabit kini giat menjalankan kempen kesedaran terutama kepada ibu bapa dan pengusaha taska berhubung faktor kebersihan dan mengenal pasti tanda awal jangkitan.


Katanya, kerajaan negeri turut menyarankan supaya setiap pengusaha taska, pusat jagaan dan guru-guru melakukan saringan terhadap kanak-kanak dan pelajar mereka.


“Segera asingkan kanak-kanak ada simptom HFMD agar tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain.


“Ibu bapa juga perlu kurangkan membawa anak-anak kecil ke tempat tumpuan ramai untuk mengelak dijangkiti,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2018 yang bertemakan ‘Family Planning is a Human Right’ anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kedah, di Pasaraya Aeon Big, di sini, semalam.  


Halimaton turut mengesahkan sehingga semalam, pihaknya tidak menerima maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung mana-mana tadika, taska di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia mahupun swasta di negeri ini yang diarah tutup, sekiranya ada. ia adalah atas inisiatif mereka sendiri. 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Air mata Tun M tumpah depan ulama

in Nasional by


PUTRAJAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang membuatkannya merasa sebak.


Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr Asri berkata, ia adalah di mana Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.


“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.


“Saya juga rasa sebak. Semoga ALLAH SWT merahmati Tun (Mahathir),” katanya di Instagram.


Dr Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.


Dalam pada itu, seramai 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri, semalam.


Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; pensyarah Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.


Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Nostalgia 16 tahun musnah

in Edisi Utara by


JITRA – Seorang guru berputih mata apabila rumahnya yang berusia 16 tahun di Taman Suria 2 di sini, terbakar hampir 85 peratus dalam kejadian, Jumaat lalu.


Azizah Ibrahim, 51, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera berkata, rumah berkenaan menyimpan pelbagai nostalgia bersama keluarganya.


Katanya, sejak dia berpindah tinggal di kampungnya di Tunjang, rumah berkenaan disewakan kepada sebuah keluarga sejak tiga bulan lalu.


“Memang ini takdir, tapi saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata bila kita tengok rumah yang simpan banyak kenangan lalu, hangus,” katanya, sayu.


Menurutnya, dia mengetahui mengenai kebakaran berkenaan daripada jiran dan anak saudaranya.


“Saya dapat panggilan kira-kira jam 12.20 malam dan bergegas ke Taman Suria.


“Masa sampai di rumah tu, tengok bomba tengah padam api.. memang la rumah tu disewakan kepada orang.. tapi dalam tu masih ada lagi barang-barang saya seperti kabinet dan perabot,” katanya.


Azizah berkata, keseluruhan anggaran kerugian yang terpaksa ditanggungnya berjumlah RM80,000.


“Semalam pihak insurans ada datang tengok rumah, mereka boleh bayar berdasarkan skim insurans yang kami ambil saja dan nilainya masih tidak mencukupi.


“Rumah ini adalah aset saya yang pertama selepas saya bekerja. Apa pun terjadi saya dan suami akan berusaha membaikinya kembali,” katanya yang boleh dihubungi di talian 012-5768771


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Dah kahwin pun boleh: Syafinaz Selamat

in Hiburan by
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat

Dah kahwin pun boleh: Syafinaz Selamat


Penyanyi tersohor, Datuk Syafinaz, memberitahu kepada media status calon yang sudah berkahwin tidak akan menjadi penghalang untuk menjadi protegenya pada program Mentor musim ketujuh nanti.


“Kalau calon tersebut sudah berumah tangga pun tidak mengapa, cuma harapnya dia haruslah fokus,” ujarnya berseloroh.


Syafinaz Selamat, 45, turut memberitahu antara lima lagi kriteria lain.


“Antara kriteria lain, calon itu mempunyai suara yang mantap, seorang yang ekspresi, berkeyakinan tinggi, berani memcuba, dan calon itu sudah tahu apa yang dia mahukan di dalam industri muzik,” katanya teruja.


Syafinaz ditemui ketika sidang media program Mentor musim ketujuh di Sri Pentas, TV3, petang tadi.


Selain Syafinaz, Mentor ketujuh turut menampilkan barisan penyanyi seperti, Aizat Amdan, Hafiz Suip, dan Siti Nordiana.


Untuk makluman, ujibakat Mentor ketujuh bakal bermula di, Kota Kinabalu, Sabah(Hotel Promenade) 18 dan 19 Ogos 2018


Manakala di Sri Pentas TV3, Kuala Lumpur:


8-9 September 2018 (Datuk Syafinaz Selamat)


15-16 September 2018 (Aizat Amdan)


22-23 September 2018 (Hafiz Suip)


29-30 September 2018 (Siti Nordiana)

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

'Pas sokong Umno bukan pelik'

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Keputusan Pas menyatakan sokongan terbuka kepada Umno-BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis bukan perkara pelik.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berkata, pimpinan Pas hanya memberi keputusan jelas kepada ahlinya di Dun Sungai Kandis.


“Saya di pihak Umno mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana membuat kenyataan secara terbuka menyokong calon kita.


“Untuk Pas menyokong Umno di PRK Sungai Kandis ini bukan benda yang pelik, Pas mahu menjatuhkan PH begitu juga Umno.


“Pas perlu memberi keputusan kepada pengundi Pas di Sungai Kandis untuk undi siapa dan Pas sudah memberi mesej yang jelas untuk mengundi Umno. Ini satu mesej kepada PH bahawa mereka perlu melakukan lebih baik,” katanya ketika siaran langsung Diskusi N49, semalam.


Dalam pada itu, beliau menyifatkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon yang unik.


“Beliau pernah berada dalam perjuangan reformasi dan kembali bersama Umno. Beliau merupakan calon yang unik dan sangat sesuai diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


“Memang kita tahu kemenangan Umno tak beri apa-apa kesan, PH masih lagi memerintah tapi rakyat perlu menghantar mesej ini,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA