Monthly archive

August 2018 - page 403

Israel tahan wartawan Palestin

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Pergerakan Hamas menuduh Israel sengaja menyasarkan wartawan Palestin dalam usaha membendung laporan pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang awam di wilayah yang dikepung.


Hamas mengeluarkan kenyataan itu semalam, sehari selepas pihak berkuasa Israel menahan empat wartawan Palestin dari bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.


“Dasar Israel untuk menahan wartawan adalah bukti bahawa mereka bimbang kekejaman dan penderitaan rakyat Palestin terus dibongkar,” katanya.


Tambah Hamas, tindakan agresif terhadap wartawan Palestin  juga tidak akan dapat menyembunyikan realiti yang berlaku dalam konflik Israel-Palestin.


Justeru itu, Hamas menyeru komuniti antarabangsa untuk menegak keadilan dan mempertahankan wartawan Palestin serta menjamin kebebasan mereka.


Sumber berkata, pihak berkuasa Israel menceroboh rumah wartawan Alaa Al-Rimawi, Mohammed Olwan, Hosni Injas dan Qutaiba Hamdan sebelum menahan mereka.


Menurut sumber itu lagi, Israel turut merampas kamera, peralatan kerja lain, selain kereta Al-Rimawi dan Injas. – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Kesiannya…: Komen simple Zara Zya terhadap netizen

in Hiburan by
Zara Zya dan Hafreez Adam

Kesiannya…: Komen simple Zara Zya terhadap netizen


SELEPAS berkongsi tentang status hubungannya dengan Hafreez Adam beberapa bulan lalu, pelakon Zara Zya dilihat lebih bersikap terbuka dan sering memuat naik gambar mahupun video bersama kekasih hatinya itu.


Sikap berterus-terang Zara yang tidak menyembunyikan hubungan cintanya dengan Hafreez ternyata mendapat sokongan para peminatnya.


Malah setiap kali pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini berkongsi momen indahnya bersama Hafreez, status atau posting tersebut pasti akan mendapat perhatian ramai dengan tanda suka, mahupun respons yang positif.


Namun dalam pada itu, ada juga netizen yang kurang senang dengan apa yang dikongsi Zara, malah Zara dituduh sebagai artis perasan.


Kesal dengan tindakan netizen tersebut, Zara menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya telah berkongsi Direct Message (DM) daripada netizen terbabit.


“Zara Zya, kau rasa kau tu artis bagus sangat ke? Please cermin diri kau tu dulu. Hafreez Adam pun ingat ikhlas ke sayangkan kau?


“Kau je perasan lebih. Silap-silap dia tinggalkan kau nanti. Kau ingat lelaki akan setia ker? Silap besarlah kalau dia setia dengan kau. Ramai lagilah girls yang cantik kat luar sana.


“Kesian aku tengok kau kan, jadi artis yang tak sedar diri. Artis lain banyak je job aku tengok, tapi kau? Kesiannya takada nak ambil kau berlakon. Menyampah aku tengok kau,” tulis netizen tersebut.


Zara bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan kecaman tersebut, sebaliknya hanya menulis kapsyen berbunyi, “Kesiannya..” beserta nama Instagram individu terbabit pada keratan mesej yang dimuat naik.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Banjir kilat: Dun Kesidang perlu RM100,000

in Edisi by


MELAKA TENGAH – Peruntukan lebih RM100,000 diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu banjir kilat di beberapa kawasan di Dun Kesidang di sini.


Adun Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata, peruntukan diperlukan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat terutama untuk membuat terusan bagi mengelak kawasan rendah dinaiki air setiap kali hujan lebat.


Menurutnya, antara kawasan sering terdedah kepada kejadian banjir kilat ini termasuk di Taman Pandan Mawar, Kampung Kolam dan Kampung Limbongan.


Menurutnya, pihak pakar akan dipanggil bagi membuat kajian dan pemantauan bagi mengenal pasti sama ada kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini ada kaitannya dengan kerja-kerja penambakan laut yang dijalankan di kawasan berhampiran.


“Saya difahamkan masalah banjir kilat sebegini sudah berlaku lebih 20 tahun.


“Dari tinjauan, ia didapati berpunca dari longkang kecil yang tidak dapat menampung bebanan air yang tinggi ketika musim hujan.


“Saya berharap penduduk di kawasan ini akan bersabar dan berilah kami sedikit masa kerana kami sememangnya sedang berusaha mengatasi masalah ini,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Shoo Chin berkata, usaha membasmi penularan denggi akan dilakukan di DUN berkenaan, terutama di Kampung Limbongan, susulan merebaknya penyakit berkenaan di kampung terbabit yang menyaksikan lima penduduk dimasukkan ke hospital.


Jelasnya, sebagai usaha pembasmian, satu gotong-royong membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Swm Environment Sdn Bhd telah diadakan di kampung berkenaan baru-baru ini.


Secara keseluruhan, menurutnya, Melaka mencatatkan sebanyak 300 kes denggi sehingga Julai tahun ini, menurun dari 857 kes untuk tempoh sama tahun lalu.


“Pun demikian saya akan menganjurkan gotong-royong dan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan dalam Dun ini yang dikenalpasti sebagai kawasan penularan denggi,” katanya.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Anwar akui kelemahan pimpinan PH

in Politik by


KOTA RAJA – Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan jemaah kabinetnya ada  ketikanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan yang akhirnya mengundang kontroversi.


Namun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang ditubuhkan daripada hasil kemenangan PH pada PRU14 lalu, tetap berada di landasan yang betul.


Katanya, beliau sentiasa memandang secara dekat perjalanan pentadbiran kerajaan PH sekarang.


“Perdana Menteri Tun Mahathir dan kabinet kerajaan tidak lari daripada landasan.


“Namun ada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, saya tidak nafikan tetapi Perdana Menteri dan kerajaan tidak lari daripada prinsip yang kita jadikan sebagai landasan perjuangan kita,” katanya ketika berucap di Ceramah Khas bersamanya di sini, malam ini.


Anwar bahkan tidak menafikan bahawa ada kenyataan yang dikeluarkan mereka bersifat celupar.


“Saya akui PH ini kerajaan baharu, kadang-kadang  ada kenyataan-kenyataan yang cuai dan celupar dari tokoh-tokoh,” katanya.


Sebelum ini, terdapat segelintir barisan menteri PH yang telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat celupar antaranya kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang  mendakwa  kaum Melayu sebagai pendatang.


Dalam pada itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa PH akan sentiasa


memartabatkan agama Islam dan menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


“Saya nak ingatkan PH itu ditegakkan dengan perjanjian yang jelas, memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan, tidak ada tolak ansur tentang perkara itu dan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.


“Buatlah apa-apa perubahan pun. Bahasa Inggeris ke, Cina ke Tamil ke, Perancis ke semua itu boleh tetapi mesti tunduk kepada kerangka bahasa kebangsaan.


“Ada yang berpendapat dengan ada bahasa kebangsaan tidak boleh memartabatkan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau Tamil saya tidak setuju yang kita mahu bahasa kebangsaan itu dikuasai dengan baik oleh semua,” jelas beliau.


Isu bahasa Melayu timbul apabila terdapat dakwaan bahawa kerajaan PH mengabaikan kepentingan bahasa berkenaan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Johor sasar satu daerah satu muzium

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor cadang wujudkan muzium di setiap daerah untuk mempamerkan nilai sejarah kepada generasi muda, sekali gus menarik kedatangan pelancong ke kawasan berkenaan.


Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan, Khuzzan Abu Bakar berkata, setakat ini hanya daerah Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi sahaja yang memiliki mu­zium sendiri


“Kita melihat setiap negeri mempunyai kekuatan yang tersendiri, cerita dan nilai sejarah untuk diton­jolkan. Oleh itu, kita ber­cadang untuk menubuhkan muzium di seluruh Johor dari semasa ke semasa.


“Tujuannya adalah untuk mempamerkan dan meman­faatkan sejarah satu-satu kawasan itu dan men­didik ma­sya­­ra­kat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa,” katanya kepada Sinar Harian.


Khuzzan berkata, buat masa ini, pihaknya mahu fokus untuk mewujudkan sebuah muzium di Batu Pahat dan Muar.


“Batu Pahat ada Galeri Dato’ Onn, namun saya kira banyak lagi sejarah tentang Batu Pahat yang boleh dikumpulkan untuk tatapan generasi muda khususnya bagi menggalakkan mereka supaya cinta kepada tanah air.


“Begitu juga dengan Muar yang merupakan Bandar Diraja sudah tentu mempunyai banyak nilai sejarah,” katanya.


Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan tambah baik pengisian muzium sedia ada serta adakan promosi dan pameran secara bermusim sebagai usaha tingkatkan bilangan pelancong.


Dalam pada itu, katanya, pihaknya menjangkakan Muzium Kota Tinggi kembali dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan Disember depan.


“Muzium Kota Tinggi terpaksa ditutup hampir lima tahun untuk kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.


“Saya harap kerja-kerja berkenaan dapat disiapkan pada November depan kerana kita mahu ia dapat kembali dibuka semula pada pertengahan Disember depan,” katanya.


Tambahnya, Muzium Tokoh di Johor Bahru juga turut mengalami sedikit masalah.


Bagaimanapun, jelasnya, muzium berkenaan tetap dibuka dan kerja-kerja penyelenggaraan masih lagi diteruskan.            

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Abu Bakar bangga PKNP labuh tirai liga dengan kemenangan

in Sukan by


IPOH – PKNP bangga kerana berjaya menutup saingan Liga Super dengan kemenangan apabila berjaya menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.


Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, kemenangan berkenaan nyata satu pencapaian membanggakan walaupun ia adalah aksi terakhir bagi saingan Liga Super selain mengesahkan slot beraksi dalam saingan Piala Malaysia.


“Walaupun perlawanan ini adalah perlawanan terakhir dalam saingan Liga Super musim ini dan kita telah layak ke Piala Malaysia, saya tetap mengarahkan pemain untuk beraksi sebaik mungkin.


“Sedikit rombakan pada kesebelasan pemain apabila saya merehatkan pemain import Franklin dan memberikan peluang kepada pemain tempatan yang jarang beraksi.


“Ini kerana bagi saya setiap perlawanan tetap penting dan keinginan mahu menang perlu diterjemahkan dalam bentuk semangat berpasukan yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian.


Abu Bakar berkata demikian bagi mengulas kemenangan 3-1 PKNP  ke atas Kedah pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.


Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan PKNP menamatkan saingan Liga Super pada kesembilan dengan 25 mata hasil tujuh kemenangan seri empat kali dan tewas 11 kali di sepanjang saingan musim ini.


Sementara itu, Abu Bakar lega apabila pemain tempatan berkenaan mempamerkan aksi memberangsangkan di sepanjang perlawanan.


“Kita beri peluang pemain yang jarang beraksi seperti penjaga gol Mohd Syazani, Mohd Azraei, Mohd Ibni, Fandi Ahmad untuk kita nilai tahap sumbangan mereka kepada pasukan.


“Syukur Alhamdulillah kita berjaya meraih tiga mata dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga walaupun hanya menurunkan dua pemain import sahaja,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Dedah pelajar semangat kejiranan

in Edisi Utara by


PENDANG – Program Jiran Muda yang dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah berjaya mendedahkan semangat kejiranan dalam kalangan pelajar.


Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pendang, Mohd Zulkarny Salleh berkata, program ini bertujuan menyemai nilai perpaduan dalam diri pelajar.


“Golongan pelajar juga sangat diperlukan dalam kawasan kejiranan di tempat tinggal kita.


“Sebagai contoh jika terdapat sesuatu kejadian, golongan tua sudah pastinya akan meminta bantuan daripada golongan muda dan begitu juga sebaliknya,” katanya.


Mohd Zulkarny berkata, keadaan sebegini meminta semua pihak bersama dalam memberi kesedaran kepada semua pihak akan kepentingan menjaga nilai kejiranan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Mata dia hari-hari berdarah: Aliff Syukri

in Hiburan by
Datuk Aliff Syukri

Mata dia hari-hari berdarah: Aliff Syukri


ANAK sulung kepada jutawan kosmatik, Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, 10, selamat menjalani pembedahan untuk membetulkan matanya yang mengalami masalah juling.


Menurut Aliff, dia jarang memuat naik foto anak sulung di media sosial kerana Ammar sentiasa merasa rendah diri dengan kekurangannya. Malah Ammar juga sering mengadu, diejek rakan-rakannya di sekolah hanya kerana mempunyai masalah mata juling.


Memahami keadaan yang dialami anaknya itu, Aliff mengambil keputusan untuk membuat rawatan dan melakukan pembedahan untuk membetulkan masalah mata juling Ammar.


“Ramai orang cakap kenapa anak saya yang sulung tu saya jarang post di IG atau FB? Sebab Amar anak sulung saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dengan orang ramai atau kamera.


“Padahal dia bijak di sekolah, malah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal banyak surah al-Quran. Malah saya rasa dia lebih bijak dari saya.


“Saya nak anak saya jadi yang terbaik dan yakin dengan orang ramai. Tapi mungkin dia malu sebab matanya juling air. Semoga Ammar cepat sembuh mata. Dia selalu mengadu dulu kawan-kawan selalu ejek mata dia.


“Insya-ALLAH lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya. Setelah enam bulan menjalani rawatan,  hari ini (29 Julai) Ammar akan menjalani pembedahan mata supaya matanya normal. Doakan pembedahannya selamat,” kongsi Aliff.


Difahamkan pembedahan yang menelan kos sebanyak RM15,000 ini berjalan dengan lancar dan mata Ammar kini dalam proses penyembuhan.


“Biar dia tak comel macam anak-anak saya yang lain. Dia baru sahaja bacakan saya doa panjang umur dan murah rezeki dalam bisnes.


“Setiap malam anak saya akan bacakan saya doa dan salam dan kiss saya walaupun mata dia hari-hari berdarah sebab operate mata sebab juling.


“Saya nak dia jadi usahawan dan orang beragama. Doakan ya sahabat saya di IG dan FB untuk anak saya @ammar_ahyan agar mata dia cepat sembuh ya,” tulis Aliff perkongsian  terbarunya.


Alif dan isteri, Shahida mendirikan rumah tangga pada 0gos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6, dan Yusoff Al-Qardawi, 1 bulan.


Pasangan ini juga mempunyai dua anak angkat, Ameena, 9 bulan dan Qayyum, 7 bulan.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Negeri Sembilan lantik OKU jadi Ahli Majlis PBT

in Edisi by


SEREMBAN – Buat pertama kalinya golongan OKU dilantik menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini yang berkuatkuasa 1 Ogos sehingga 31 Disember 2019.


Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pemilihan golongan OKU dalam Ahli Majlis merupakan salah satu pendekatan baharu dalam usaha kerajaan negeri untuk lebih mesra OKU.


Menurut beliau, banyak pejabat kerajaan yang  tidak mesra OKU, dan ini akan memberi masalah serta akan membataskan pergerakkan golongan OKU di negeri ini.


“Pelantikkan Wong Soo Pin sebagai ahli majlis di Seremban merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mendekatkan diri dengan golongan OKU.


“Dia (Soo Pin) akan lebih tertumpu menjaga kebajikan dan hal ehwal OKU, selain dapat membantu kita dengan memberi pandangan serta idea berkenaan kemudahan yang diperlukan oleh golongan OKU.


“Ini adalah pemikiran baru yang akan menjadikan kita lebih mesra OKU, dan sebab itulah saya mahu semua pejabat kerajaan mesra OKU bagi sama-sama membantu golongan ini mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Penyampaian Watikah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, di Wisma Negeri dekat sini, semalam.


Soo Pin, merupakan salah seorang daripada 186 Ahli Majlis PBT yang dilantik oleh kerajaan negeri semalam.


Daripada jumlah itu, seramai 118 adalah kaum Melayu, 24 orang India dan 44 kaum Cina.


Kata Aminuddin, setiap PBT akan menempatkan 20 orang ahli politik dan empat adalah ahli daripada kumpulan NGO.


Sementara itu, Soo Pin,48, ketika ditemui berkata dia sangat teruja dengan perlantikkan tersebut dan berharap dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan  baik.


Katanya, dia yang merupakan Penolong Pengarah Yayasan Beauty Gate (OKU) di Seremban berharap tanggungjawab yang diberi ini dapat membantu golongan OKU, terutamanya dari segi penyediaan fasiliti OKU di tempat-tempat tumpuan di sekitar bandar Seremban.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Tak salah nak bermadu, tapi…. : Erma Fatima

in Hiburan by
ERMA FATIMA

Tak salah nak bermadu, tapi…. : Erma Fatima


Penerbit dan pengarah, Erma Fatima berpendapat tidak ada salahnya untuk seseorang itu berpoligami atau bermadu, namun perhubungan itu haruslah mempunyai tolak ansur yang tinggi.


Mengulas kenyataan yang dikeluarkan adiknya, Datin Seri Umie Aida yang membenarkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lagi, Erma berkata, dia tidak menyokong atau mengalakkan Umie melalui kehidupan berpoligami.


“Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Hidup bermadu ini cakap senang, buat pun senang tapi nak melaluinya sukar. Ini bukan it takes two to tango tapi three to tango.


“Kalau salah seorang tak boleh terima, tak tahu erti syukur, reda, lupakanlah untuk bermadu.


“Tapi kalau nak bermadu, kenalah sama-sama bertolak ansur. Jika seorang sahaja yang bertolak ansur memang jahanam perkahwinan itu,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar Peniagawati sempena minggu pertunjukan fesyen couture New York 2018, di sini, sebentar tadi.


Sabtu lalu, Umie menerusi posting di Instagram memberitahu dia sedia membenarkan suaminya untuk berkahwin lain dan tidak mahu timbul masalah lain di kemudian hari.


Menerusi temu bual bersama Sinar Harian, bintang utama Dukun ini menegaskan perkahwinannya tidak mengalami sebarang masalah.


Dalam pada itu, tambah Erma, bagi mana-mana wanita yang memilih untuk berkahwin dengan suami orang, mereka haruslah lebih bersikap tolak ansur dan tidak lupa diri.


“Kalau dah memang tak ada lelaki bujang untuk dinikahi, tak ada masalah untuk bermadu, tapi wanita yang setuju untuk jadi isteri kedua atau seterusnya ini tak bolehlah berkelakuan seperti beruk dapat bunga.


“Sedar diri tu ambil suami orang dan bukan buat macam hak anda seorang. Secara tidak langsung dah abaikan hak dan perasaan isteri pertama.


“Contohilah Zarina Zainudin, macam mana dia membawa diri daripada tak diterima isteri pertama sehingga dia diterima baik,” akhirinya.


Erma dan bekas suaminya, sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, bercerai pada 17 Ogos tahun lalu, selepas 27 tahun berkahwin.


Erma dan Bade, 54, yang berkahwin pada 30 November 1991, mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA