PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

August 2018 - page 7

Tekad julang martabat usahawan IKS

in Uncategorized by


BAGAN SERAI – Kehidupan di kawasan luar bandar banyak memberi cabaran kepada setiap usahawan Bumiputera untuk mendaki perniagaan diusahakan ke aras tertinggi.


Ditambah peluang perniagaan dan inisiatif mendapatkan modal pusingan niaga terhad sama ada daripada pihak kerajaan dan swasta, setiap usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera di daerah Kerian pastinya mendambakan satu entiti yang boleh membela nasib mereka bagi mengharungi cabaran perniagaan lebih besar.


Terkesan dengan permasalahan dihadapi lebih 2,000 peniaga IKS di Kerian, Pengerusi Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera (PPPKM) Kerian, Elias Sarakawi,45, bertekad akan menggunakan sepenuhnya ruang diperolehi NGO itu untuk membantu memartabatkan usahawan Bumiputera di kampung halaman sendiri.


Berpengalaman luas sebagai usahawan ketering selama 17 tahun, Elias yang berasal dari Kampung Sungai Labu, Parit Buntar mengakui tanggungjawab digalas amat berat dalam memacu hala tuju persatuan ke landasan sebenar, sekaligus memastikan nasib  usahawan IKS Bumiputera terbela.


“Sepanjang pengalaman saya sebagai usahawan, sehingga kini usahawan IKS di daerah Kerian belum benar-benar menerima sebanyak mungkin platform atau peluang untuk mereka mengembangkan sayap perniagaan masing-masing, meskipun tidak dinafikan banyak bantuan dan dana disalurkan agensi kerajaan berkaitan.


“Saya fikir majoriti usahawan IKS Bumiputera di daerah ini sebenarnya tidak mempunyai satu entiti persatuan yang benar-benar mampu memberi panduan, tunjuk ajar, peluang dan platform kepada mereka untuk memacu perniagaan masing-masing agar lebih berdaya saing.


“Justeru, sempena pelantikan saya sebagai pengerusi baharu persatuan bagi penggal ini, PPPKM Kerian akan menumpukan usaha untuk menyatupadukan semua usahawan IKS Bumiputera, sekaligus menggembleng usaha bersama bagi merancakkan kembali industri IKS tempatan,”katanya kepada media di sini.


Elias berkata, di sebalik amanah berat dipikul, beliau tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak mampu membantu memartabatkan bidang IKS Bumiputera ke peringkat lebih luas lagi.


Meskipun baru dilantik sebagai pengerusi baharu PPPKM Kerian tidak sampai dua bulan bersama barisan jawatankuasa persatuan baharu, Elias menegaskan pihaknya kini sudah berjaya menganjurkan dua karnival khas bagi membantu mempromosi produk-produk Bumiputera IKS Kerian dari daerah ini.


Dengan sokongan padu Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sebagai penaung persatuan, Elias bersyukur pihaknya mampu menjalinkan kerjasama baik dengan pihak kerajaan seperti Majlis Daerah Kerian (MDK) dan pengurusan Mydin Mall Parit Buntar untuk menganjurkan dua karnival mega iaitu Karnival Usahawan IKS Kerian 2018 dan Karnival Ambang Merdeka dan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62.


“Kedua-dua karnival berjaya dianjurkan di tempat parkir kenderaan Mydin Mall Parit Buntar setelah mendapat sokongan padu pihak Mydin dan lebih manis ianya mendapat sambutan hangat orang ramai apabila dihadiri lebih 5,000 pengunjung.


“Kami juga turut berbangga apabila penganjuran dua karnival mega itu berjaya dilaksanakan meskipun PPPKM Kerian berhadapan masalah kekangan dana apabila duit dalam akaun bank hanya berbaki RM700 sewaktu jawatankuasa baharu mengambil alih.


“Kesan positif daripada dua karnival itu membolehkan lebih 50 peniaga IKS Bumiputera daerah ini menerima manfaat apabila produk perniagaan mereka berjaya dikomersialkan secara terus kepada pengunjung yang hadir,”katanya.


Elias berkata, usaha pihaknya untuk menjulang martabat usahawan IKS Bumiputera Kerian dijangka tidak terhenti setakat itu kerana PPPKM Kerian sudah menyediakan banyak pelan perancangan bagi membantu perniagaan ahlinya.


Menurutnya, dalam masa terdekat, PPPKM Kerian dijangka akan menganjurkan bazar perniagaan pada waktu malam atau lebih dikenali sebagai ‘Night Uptown’ atau ‘Gerbang Malam’ bermula 4 Oktober ini di sepanjang tempat parkir kenderaan bertentangan pejabat Tabung Haji Parit Buntar, Pusat Bandar Parit Buntar.


“Setakat ini, penyediaan kertas kerja bagi penganjuran bazar malam tersebut sudah disiapkan dan dihantar kepada Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk mendapat kelulusan.


“Kita menjangkakan kelulusan MDK untuk permohonan itu tiada masalah kerana program bazar ‘Gerbang Malam’ ini turut mendapat sokongan padu Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim,” katanya.


Elias berkata, penganjuran bazar niaga ‘Gerbang Malam’ itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100 peniaga IKS Bumiputera untuk mempromosi beraneka produk perniagaan mereka di situ.


Selain itu, Elias menegaskan kewujudan sebuah bazar ‘Gerbang Malam’ turut dijangka memberi nikmat limpahan ekonomi kepada peniaga-peniaga lain di kawasan Pusat Bandar Parit Buntar apabila aktiviti masyarakat pada waktu malam dihidupkan dengan operasi bazar terbabit.


“Sudah sekian lama kita melihat aktiviti malam di pekan Parit Buntar hampir tiada dan senario ini sebenarnya merugikan peniaga kerana waktu perniagaan mereka menjadi lebih pendek.


“Sebelum ini, terdapat penganjuran bazar ‘Gerbang Malam’ di sini namun tidak mendapat sambutan kerana lokasi bazar itu kurang strategik berbanding lokasi baharu yang PPPKM Kerian akan wujudkan.


“Saya amat berharap inisiatif terbaharu PPPKM Kerian bukan sahaja mendapat sokongan semua agensi kerajaan berkaitan untuk dijadikan salah satu tarikan eko-pelancongan daerah Kerian, malah turut mendapat sokongan semua rakyat di sini,”katanya.


Mengenai masa hadapan lebih 2,000 usahawan IKS Bumiputera yang terdapat di daerah Kerian, Elias berharap golongan itu diberi lebih banyak platform dan kemudahan oleh pihak kerajaan bagi membolehkan mereka memajukan bisnes masing-masing ke peringkat lebih tinggi.


Selain itu, Elias turut berharap agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dapat menawarkan seberapa banyak mungkin kursus perniagaan dan latihan kepada usahawan bumiputera IKS tempatan bagi menambahkan ilmu perniagaan mereka.


“Selaku usahawan berpengalaman, saya mengakui kesemua usahawan IKS bumiputera Kerian perlu sentiasa mengemaskini dan meningkatkan ilmu perniagaan termasuk memahirkan bidang perniagaan e-pemasaran memandangkan dunia masa kini adalah berpaksikan teknologi media sosial dan jalur lebar.


“Saya turut berharap pihak kerajaan memperkenalkan lebih banyak skim kemudahan pinjaman mikro kredit kepada semua usahawan IKS tanpa dikenakan sebarang faedah bagi membolehkan mereka bernafas dalam perniagaan sekiranya berlaku kesulitan tidak diingini,”katanya.


PROFIL PERSONALITI KITA


Nama: Elias Sarakawi


Asal: Kampung Sungai Labu, Parit Buntar


Umur: 45 tahun


Pendidikan: Sijil Kemahiran Kulinari, Sijil Pelajaran Malaysia


Syarikat: HAZAR CATERING DAN BRIDAL ENTERPRISE


Pembabitan NGO: Pengerusi Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Kerian.


Pengalaman usahawan: 17 tahun


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

300 penyu spesies terancam mati terperangkap dalam jaring

in Global by


SANTA MARIA COLOTEPEC – MEXICO. Kira-kira 300 penyu laut spesies terancam ditemui mati di selatan pantai Mexico semalam, akibat terperangkap dalam jaring ikan milik nelayan.


Penyelaras agensi perlindungan sivil negeri, Heliodoro Diaz berkata, nelayan di negeri Oaxaca menemui bangkai penyu berkenaan di tepi pantai Barrade Colotepec.


Imej Reuters menunjukkan puluhan bangkai penyu, kebanyakannya sudah mula reput, terperangkap dalam jaring.


Sejak Mei hingga September lalu, penyu lipas (olive ridley), yang dikatakan pihak berkuasa Mexico diancam kepupusan, muncul di banyak negeri Mexico sepanjang Lautan Pasifik untuk bertelur.


Sementara itu Mexico, lokasi kepada enam daripada tujuh spesis penyu laut dunia, mempunyai program perlindungan reptilia itu termasuk hukuman terhadap mereka yang membunuhnya.


Awal bulan ini, pihak berkuasa berkata mereka menyiasat kematian 113 penyu lain yang diancam kepupusan iaitu 102 penyu lipas, enam jenis hawksbill dan lima spesis penyu hijau, di sebuah pusat perlindungan di Chiapas. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Dendeng daging jenama Ve’Ladid giat cari stokis, ejen

in Bisnes by


MENGOLAH resipi yang dikongsikan seorang rakan, menjadi pencetus bermulanya produk dendeng daging jenama Ve’Ladid keluaran syarikat Mariyda Shop Sdn Bhd, pengeluar produk makanan sedia dimakan.


Semudah A, B, C. Boleh terus dimakan begitu sahaja atau dipanaskan dalam tempoh dua minit. Namun, semuanya bergantung kepa­da selera masing-masing.


Itulah yang cuba ditam­pilkan oleh pengusahanya, Mariam Harun, 56, dalam menawar­kan produk maka­nan sedia dimakan kepada pelanggan.


Bercerita lanjut, Mariam berkata, pada peringkat awal dia mengkomersialkan dendeng daging jenama Ve’Ladid, selepas mendapat permintaan daripada rakan-rakannya.


“Ketika itu, saya buat rumah terbuka dan masak dendeng daging ini. Dari situ rakan-rakan merasai masakan saya, mereka amat menyukainya dan kemudian mereka bertanyakan kenapa tidak saya mengkomersialkan makanan ini kerana dalam masa sama boleh tambah pendapatan.


“Daripada situ saya terfikir, kenapa tidak saya mencuba. Bagaimanapun, resipi ini dikongsikan dari­pada seorang rakan kepada saya, namun saya mengolah semula untuk menghasilkan dendeng daging ini,” katanya.


Bercerita mengenai pemilihan daging, Mariam memberitahu ia daging diimport dari India kerana mahu mencari kelainan.


“Lazimnya yang ada di pasaran makanan siap untuk dimakan ini adalah rendang ayam, sate, percik madu. Tapi, dendeng daging masih belum ada. Disebabkan itulah saya cuba menjadi pelapor makanan sedia dimakan jenis daging dendeng daging ini.


“Produk ini tiada bahan pengawet dan mampu bertahan dua ta­hun tanpa dibuka bekas­nya ini boleh dinik­mati bersama  bubur nasi, piz­za selain daripada lemang dan ketupat,” katanya.


Mengulas mengenai jualan, Mariam berkata, sejak berada di pasaran dan boleh didapati di atas talian, jualan produk ini terus meningkat.


“Alhamdulillah ada peningkatan jualan walaupun produk ini masih baharu. Saya bersyukur ada agensi lain yang turut sama bantu mengembangkan pemasaran produk ini,” katanya.


Katanya, kini dia dalam rancangan mencari stokis dan ejen bagi mengukuhkan lagi pemasaran dan jenama Ve’Ladid,” katanya.


Produk dendeng daging jenama Ve’Ladid dengan isi kandungan 170 gram ini boleh didapati di Halal Mart dan menerusi atas talian di Mybazar pada harga RM17.          


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Tawaran istimewa Bee Factory di Shopee

in Bisnes by


BEKAS ahli Sepah Group yang menjuarai program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2009 dan Maharaja Lawak pada 2011, Shuib, optimis platform e-dagang terkemuka, Shopee membantu dalam penjenamaan dan pemasaran produk madu aslinya berjenama Bee Factory.


Katanya, aktiviti membeli-belah secara talian adalah salah satu platform terbaik yang membolehkan orang ramai membeli tanpa had masa dan lokasi. “Menerusi platform e-dagang, Shopee pengguna boleh membeli bermacam-macam produk daripada pelbagai kategori dengan lebih mudah,” katanya.


Mengulas mengenai produk Bee Factory, suami penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah ini berkata, Bee Factory adalah jenama pengeluar madu asli yang menggunakan lebah asli menerusi teknologi sarang lebah daripada Australia yang menepati piawaian kualiti tinggi.


“Bee Factory turut menjamin produknya mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


“Honey Bar Lemon Plus merupakan produk terlaris Bee Factory. Honey Bar Lemon Plus adalah madu asli bersama sarang dan disempurnakan dengan hirisan lemon bagi membantu mengurangkan kolesterol serta membuang toksin dalam badan.


“Selain itu, Honey Bar Lemon Plus kaya vitamin C dan membantu mengurangkan kepanasan dalam badan selain mengandungi pelbagai khasiat lain antaranya melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak,” katanya.


Sempena Merdeka dan kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day, Bee Factory menawarkan diskaun istimewa 15 peratus menerusi baucar MADU15.


Tawaran istimewa ini hanya sah di https://shopee.com.my/beefactory1, bermula 30 Ogos sehingga 12 September ini dan ia terhad kepada potongan harga sebanyak RM15 bagi pembelian.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Keberkesanan pemasaran atas talian

in Bisnes by


CINTAMAMA Enterprise, butik sehenti keperluan ibu dan anak, yakin mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini ke atas produk penjagaan kehamilan, serta kelengkapan ibu dan anak setelah berjaya menembusi pemasaran atas talian.


Pengusahanya, Norizan Ayob berkata, sebelum ini, Cintamama bergerak secara ‘offline’ dan jualan dicatatkan hanyalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk sebulan.


“Bagaimanapun, setelah menyertai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang membantu memperkasakan peniaga tempatan untuk pertum­buhan ekonomi digital, Cintamama berjaya menca­tatkan jualan sekali ganda pada 2018.


“Ditambah pula, Cinta­mama mulai memasarkan produk di bawah program Blee kendalian platform e-dagang MyBazar awal tahun ini, sememangnya saya yakin Cintamama Enterprise mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini melihat kepada keberkesanan pema­saran atas talian,” katanya.


Norizan yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak lima tahun lalu, berkata, beliau akui walaupun Cintamama Enterprise sudah berada lama di pasaran, tetapi jenama itu masih belum dikenali ramai.


“Bagaimanapun, Alham­dulillah, selepas bersa­ma MDeC dan Mybazar kini, jena­ma Cintamama Enter­prise lebih dikenali, hasil pemasaran menerusi atas talian. Sedikit sebanyak ia membantu mengukuhkan jenama sekaligus pertum­buhan jualan dapat diperting­katkan dari masa ke semasa,” katanya.


Beliau berkata, selain mengeluarkan produk keper­luan ibu dan anak di bawah jenamanya, Cinta­mama turut menyediakan kepelbagaian jenama produk di bawah satu bumbung seperti keperluan bersalin antaranya barut , ubatan herba tradisional dan herba mandian.


“Produk lain yang boleh sama didapati adalah bengkung berpantang zip atau bertali, barut bayi samada bertali, berpelekat velcro atau barut gantung, tuam bayi herba, bantal kekabu, selimut bertopi atau berpelekat, nursing cover untuk ibu menyusu, kurung, jubah, dan lain-lain.


“Di samping itu, Cinta­mama turut menjadi penge­dar jenama popular termasuk Pureen, Babylove, Autumnz, Mumdreams, Spectra Pumps, Tommee Tippee, Avent dan banyak lagi.


“Bagaimanapun, Cinta­mama masih mengutamakan roduknya yang sudah ten­tunya memberi ‘nilai tambah’ kepada perniagaan contoh baju-baju menyusu yang boleh dipakai sama ada di rumah, bersantai mahupun ke pejabat.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Aishah mahu Datuk Seri Vida mohon maaf

in Hiburan by

Aishah mahu Datuk Seri Vida mohon maaf


PENYANYI, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung seutas rantai berlian pemberian Datuk Seri Vida, sebentar tadi.


Menurut Wan Aishah Wan Ariffin, 33, dia terpaksa tampil membuka mulut kerana sudah tidak tahan dengan kutukan netizen kononnya dia tidak faham apa itu susut nilai.


“Banyak sebenarnya video yang kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya.


“Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal.


“Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang,” luahnya.


Dalam perkongsian sama, juara GGV 4 itu turut menegur kepada DSV agar golongan artis tidak diperlakukan seumpama itu.


“Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan artis begini.


“Ya mungkin ALLAH bagi awak jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan awak menipu kami. Saya tak nak apa-apa daripada awak sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.


“Simpanlah La Vida coin awak tu. Jangan ingat orang yang tak kaya macam awak tak ada maruah,” katanya lagi.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Saya boleh lapor polis, saman dia nanti: Chef Wan

in Hiburan by
Chef Wan dalam satu majlis pakaian beragam yang dihadirinya

Saya boleh lapor polis, saman dia nanti: Chef Wan


CHEF Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan memberitahu bahawa terdapat cubaan untuk mengaibkan dirinya.  


Ulas Chef Wan menerusi Instagram miliknya, beberapa hari ini dia menerima banyak direct message (DM) yang mengatakan terhadap seseorang yang cuba mengaibkan dirinya dengan menyebarkan gambar fancy dress party yang dihadirinya 13 tahun lalu.


“Dah tema party to ‘Fabulous Drag’, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan dress up.  Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan sebagai lelaki.  Jadi ramai suami isteri atau pasangan yang hadir mengambil cabaran tersebut.  


“Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah di potong gambarnya.  Saya menang top 3 lagi,” tulis Chef Wan panjang lebar.  


Chef Wan kesal kerana baginya orang tersebut tak ada kerja lain selain nak korek cerita-cerita basi untuk aibkan dirinya dan menyebarkan fitnah.  


“Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti.  Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari di lubang cacing mana pun si Puaka ini jika nak cari pasal dengan saya.


“Kau nak sebar fitnah dan macam-macam apa yg kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut org lain!  I am capable to do that as u try to embarrased me in public!,” tegas Chef Wan.  


Tambah Chef Wan, negara ini mempunyai undang-undang dan dia juga mempunyai bukti-bukti.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Bekas ketua pengarah agensi perisikan direman lima hari

in Nasional by


PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Bekas ketua pengarah sebuah agensi perisikan direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahguna kuasa dan penyelewengan dana PRU14.


Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Terdahulu beliau tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari.


Beliau ditahan SPRM jam 4.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu semalam.


Tertuduh menjadi individu ke tujuh yang direman selepas seorang Timbalan Pengarah bergelar datuk dan enam pegawai tinggi diplomatik direman bagi membantu siasatan berhubung kes sama.


Tempoh tahanan reman mereka berakhir  Sabtu ini.




 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Hasanah tiba di mahkamah untuk prosiding reman

in Nasional by


PUTRAJAYA – Bekas ketua pengarah agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya diiringi dua pegawai SPRM.


Beliau memakai baju lokap SPRM dan bertudung biru serta tangannya bergari.


[ARTIKEL BERKAITAN: Hasanah ditahan SPRM]


Semalam, Hasanah ditahan SPRM kerana disyaki turut terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk PRU14 bagi tujuan peribadi.


Beliau ditahan jam 4.15 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan penangkapan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Pesawat tanpa tayar mendarat cemas di China

in Global by


BEIJING – CHINA . Sebuah pesawat komersil China membawa 157 penumpang dan sembilan anak kapal terpaksa melakukan pendaratan cemas dengan dua tayar depannya hilang di lapangan terbang Shenzhen semalam, kata pihak berkuasa penerbangan.


Menurut pentadbiran Penerbangan Sivil China (CAAC), insiden melibatkan penerbangan dari Beijing kendalian Capital Airlines.


Capital Airlines, dalam kenyataan di Weibo menyatakan ia mengesyaki pesawat terbabit bertembung dengan angin kuat ketika cuba mendarat di Macau dan kru turut melaporkan terdapat masalah pada enjin pesawat Airbus320 itu.


Sementara itu, lapangan terbang di Shenzhen, kira-kira 40 kilometer ke timur laut Macau, menutup salah satu landasannya selama tiga jam untuk tujuan pendaratan cemas itu. – Reuters


 


 




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]

1 5 6 7 8 9 404
Kembali UTAMA