Wau Jalur Gemilang gergasi hiasi ruang udara

in Edisi by


TUMPAT – Ruang udara pantai Geting dipenuhi wau puyuh gergasi apabila 20 wau pelbagai corak dinaikkan sempena kemerdekaan negara, petang semalam.


Menariknya, dua wau puyuh bercorak Jalur Gemilang merupakan antara wau paling besar bersaiz 5.5 meter dan empat meter.


Bagi menerbangkan wau gergasi di udara, ia mencuri perhatian pengunjung kerana perlu dikendalikan sekurang-kurangnya 26 orang.

Wau puyuh gergasi diusung ahli Kelab untuk dinaikkan.


Wau puyuh tersebut adalah hasil kreativiti gabungan Kelab Wau Kampung Sireh, Salor, Rupek dan Pasir Mas dengan keahliannya seramai 150 orang.


Ketua Kumpulan, Mohd Nafaqis  Razlan, berkata, wau puyuh gergasi ini dihasilkan bagi memeriahkan sambutan 31 Ogos.


“Aktiviti ini dirancang sejak tiga bulan lalu, persiapan mencari buluh, tampal wau dan membuat busur dilakukan secara gotong-royong.


“Kami ambil masa sebulan untuk siapkan wau gergasi ini,” katanya.


Mohd Nafaqis berkata, wau tersebut diterbangkan berperingkat dengan menaikkan wau gergasi terlebih dahulu pada jam 3 petang.


“Selain saiz gergasi, yang lainnya bersaiz antara tiga meter yang dinaikkan di pantai Geting memandangkan anginnya sangat sesuai di sini.


“Ini aktiviti kami sebagai anak muda mahu menzahirkan rasa cinta dan semangat patriotik menerusi acara ini,” katanya.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]