10 perkara menarik Maya Karin yang peminat perlu tahu

in Hiburan by
Maya Karin. -FOTO: Rosli Talib

10 perkara menarik Maya Karin yang peminat perlu tahu


1. Maya Karin atau nama lengkapnya Maya Karin Roelcke merupakan wanita berzodiak Scorpio yang lahir di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan mempunyai tiga orang adik beradik.


2. Berdarah campuran Melayu-Jerman di mana ibunya, Che Zan dari Pulau Pinang dan bapanya, Gottfried Roelcke pula berasal dari Jerman.


3. Dari kecil sehingga sehingga zaman remaja (15 tahun), Maya menetap di Bandung, Indonesia kerana mengikuti ibu bapa saya yang bekerja di sana.


4. Mungkin ramai yang tidak tahu, Maya sebenarnya bermula dalam dunia pengacaraan sebelum menceburi bidang lakonan. Program pertama yang menampilkan Maya sebagai pengacara di kaca TV ialah Wavelength (TV3).


5. Sri Dewi Malam (2001) merupakan filem pertama lakonan Maya, namun namanya hanya mula dikenali selepas membintangi filem arahan Shuhaimi Baba, Pontianak Harum Sundal Malam (2004).


6. Sehingga kini, Maya telah membintangi lebih 20 buah filem. Terbaharu, Maya hangat diperkatakan menerusi watak Sakinah dalam filem Munafik 2 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.


7. Tidak hanya aksi di layar lebar, Maya juga menjinakkan diri dalam dunia pementasan teater menerusi Natrah 1 & 2, Supermokh 1 & 2 dan Tun Fatimah.


8. Antara iklan komersial dan produk yang pernah menampilkan wajah Maya ialah Pantene, Wella, InnerShine, Loreal, Nescafe, Tag Heur, Vono, Celcom dan lain-lain.


9. Tidak hanya sebagai pelakon, Maya juga aktif dalam bidang nyanyian dan pernah tampil dengan tiga album iaitu Erti Cinta, Bukan Qalamaya dan Teka Teki.


10. Sepanjang bergelar anak seni, Maya pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular (2001), Pelakon Wanita Terbaik di Pesta Filem Asia Pasifik Ke-49, Jepun (2004), Pelakon Wanita Terbaik di Estepona Fantasy and Terror Film Festival, Sepanyol (2005), Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (2005, 2008 & 2012), Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (2008 & 2013), Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (2012 & 2016) dan lain-lain.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]