Kedah kembali dapat sentuhan sebenar

in Sukan by


KEDAH kembali mendapat kesebelasan utama mereka yang sebenar apabila hampir semua tonggak utama dihimpunkan dalam satu pasukan selepas masalah kecederaan dan tugasan skuad kebangsaan sejak hampir dua bulan lalu.


Pertahanan importnya, Alvaro Silva berkata, kemenangan 3-1 ke atas JDT pada aksi kelima Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman kelmarin adalah bukti kemampuan sebenar pasukan tersebut.


Berbanding perlawanan kedua di Larkin, Lang Merah tewas besar 5-1 kepada Harimau Selatan tersebut berikutan majoriti pemain utamanya tidak berada di dalam kesebelasan utama.


“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana semua pemain telah memberikan usaha lebih untuk mendapatkan tiga mata. Sebelum perlawanan memang situasi agak sukar dan memang kami mahu memburu tiga mata bertemu JDT dan akhirnya berjaya.


“Sebelum ini beraksi di Larkin, keadaan begitu sukar berbanding di Alor Setar malam ini (kelmarin) apabila kami mempunyai pasukan yang lengkap,” katanya kepada media selepas sidang media.


Alvaro berkata, motivasi Kedah kini berada pada tahap terbaik untuk berkunjung ke Kelantan bagi aksi akhir kumpulan c bagi memburu sekurang-kurangnya satu mata di Kota Bharu pada 16 September depan.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]