MBJB komited tangani lambakan peniaga warga asing

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) komited menangani masalah lambakan peniaga dan penjaja warga asing di sekitar bandar raya ini.


Datuk Bandar, Amran A Rahman berkata, setakat ini pihaknya melaksanakan 61 operasi sepanjang Julai lalu.


Katanya, pihaknya turut menjalankan operasi secara bersepadu di Pasar Borong Pandan pada 14 Ogos lalu.


“41 operasi adalah terhadap penjaja warga asing yang melibatkan 52 jumlah sitaan manakala 20 operasi sitaan dijalankan terhadap premis-premis warga asing


“MBJB tidak akan teragak-agak ambil tindakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian MBJB 2016 serta UUK Penjaja MBJB 2010 terhadap peniaga yang didapati salah guna lesen perniagaan diberikan,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, semalam.


Beliau berkata, MPJB harap orang ramai dapat salurkan maklumat berkaitan peniaga dan penjaja warga asing ini kepada Jabatan Penguatkuasaan MBJB,” katanya.


Dalam pada itu, Amran berkata, 3,864 helai iklan ah long dan 1,857 iklan pelbagai telah diturunkan pada Julai lalu.


Katanya, 4,334 kompaun dan 309 notis amaran juga dikeluarkan pada Julai lalu babit halangan siar kaki, lorong belakang, kaki lima, kenderaan atau premis menjalankan perniagaan tanpa lesen serta ubahan tambahan atau binaan tanpa permit.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]