Nubhan bakal timang anak kedua

in Hiburan by
– Foto Instagram Nubhan

Nubhan bakal timang anak kedua


PENYANYI Nubhan teruja apabila isterinya, Afifah Hidayah Taufek, 27, kini hamil anak kedua mereka.


Pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 32, dan isteri kini berada di Bali untuk percutian ‘babymoon’ mereka.


Berita itu dikongsi Nubhan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.


“Perut ibu ni ada baby ke? Kenapa bosar bonar ni??tu la.. abah ajak pergi jogging… ibu tak nak ikut.. pergi holiday nak pulak dia….


“Oklah, sebab ibu dah half way there, abah belanje babymoon sebelum ibu terlalu comel untuk berjalan jauh2 Cuba teka adik piya nanti girl ke boy?  #onegoingontwo,” tulisnya.


Menerusi foto yang dikongsikan Nubhan dilihat mendekatkan telinganya ke perut isterinya seperti mahu mendengar sesuatu.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aafiya Kamilia berusia setahun.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]