Tajul kecundang minggu kelima Big Stage

in Hiburan by

Tajul kecundang minggu kelima Big Stage


MEMASUKI minggu kelima, penyanyi Sedalam Dalam Rindu akhirnya menjadi peserta Big Stage yang gagal mara ke pusingan seterusnya.


Biarpun pada awalnya menduduki carta top 5, namun selepas persembahan pada malam tadi, Tajul Ariff, 20, mendendangkan lagu Sulit nyanyian asal penyanyi Aman Aziz, jatuh di tangga tercorot dengan peratusan markah 74.3%


Tajul berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu perjalanannya dalam program Big Stage.


Di akhir program realiti TV malam tadi, penyanyi Faizal Tahir yang juga merupakan juri tetap telah membuat kejutan.


“Minggu depan ada battle di antara setiap peserta. Ini bertujuan untuk membantu kelebihan peserta lain,” katanya yang dipersetujui barisan juri lain.


Justeru dalam segmen battle itu, barisan peserta terdiri daripada kumpulan 1: Sarah Suhairi vs Ariff Bahran, kumpulan 2: Syafiq Farhain vs Baby Shima, dan kump 3: Afieq Shazwan vs Wani Kayrie.


Kesemua peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain juri jemputan Altimet.


Konsert Big Stage yang dicarakan oleh Alif Satar dan Sherry AlHadad ini dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123).


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]