Tanjung Balau akan ditutup sementara

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk kerja menaiktarafkan kawasan Tanjung Balau yang mana bakal merubah kawasan rekreasi berkenaan.


Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Norazman Othman berkata, kawasan berkenaan yang kini menjadi tarikan pengunjung akan ditutup buat sementara waktu bagi kerja naik taraf.


“Kerja naik taraf ini melibatkan konsep baharu yang lebih moden antara kom­ponen bagi projek tersebut adalah pem­binaan promenade, penyediaan tapak food­truck, menaik taraf landskap dan sebagainya.


“Setelah diberi kebenaran dan kelonggaran oleh Kementerian Kewangan selepas semak semula semua projek pembangunan dan fizikal dilakukan, jangkaan pada November atau Disember ini Tanjung Balau akan ditutup untuk tempoh 18 hingga 24 bulan.


“Ia bagi memberi laluan untuk menjadikan kawasan Tanjung Balau ini menjadi lebih indah dan lebih baik kemudahannya,” katanya ketika berucap pada Karnival Agro Kejora 2018 di Tanjung Balau, semalam.


Norazman berkata, Kejora juga telah diperuntukkan sebanyak RM15 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pembangunan ladang fertigasi Kejora di bawah pertanian Sungai Mupor, Mukim Ulu Sungai Sedili Besar.


Katanya, objektif pembangunan pertanian berteknologi tinggi itu adalah untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran hasil pertanian di Johor.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]