YBU diserap ke Yayasan Perak

in Uncategorized by


IPOH – Peranan yang dimainkan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) membantu golongan berpendapatan rendah akan dilaksanakan Yayasan Perak.


Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri bersetuju Yayasan Perak menggantikan peranan YBU dengan beberapa unit akan diwujudkan.


Menurutnya, keputusan itu sekaligus mengembalikan peranan asas Yayasan Perak sebelum ini membantu mengupayakan rakyat.


“Kita mahu Yayasan Perak kembali mendayaupayakan dan meningkatkan ekonomi rakyat.


‘Selain itu, ia juga fokus kepada bidang pendidikan anak-anak Perak itu dan telahpun kita laksanakan kepada seluruh rakyat di negeri Perak ini,” katanya kepada pemberita.


Beliau ditemui selepas program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak Bersama Kepimpinan Mahasiswa Perak Sesi 2018/2019 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata, kakitangan YBU yang bukan lantikan politik akan dikekalkan untuk mengendalikan unit yang diletakkan di bawah Yayasan Perak.


Sementara itu,  ketika sesi ramah mesra bersama mahasiswa,  beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak memerlukan banyak yayasan sebaliknya mahu memperkasakan Yayasan Perak.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]