Ziarah kenang jasa pesara polis

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Seorang pesara polis terharu menerima kunjungan daripada anggota dan pegawai IPD Seberang Perai Utara bersama Adun Bertam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kunjungan ke rumah Md Hashim Abdullah, 69, di Permatang Manggis itu dibuat sempena Hari Kebangsaan ke-61.


“Program ini diadakan dengan kerjasama Adun Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan pihak Shell. kKta menziarahi beberapa rumah pesara polis yang sakit sekitar kawasan Seberang Perai Utara.


“Insya-ALLAH, program sebegini kita akan selalu adakan bagi menghulurkan bantuan yang termampu,” katanya.


Dalam pada itu, Khaliq Mehtab berkata, jasa dan pengorbanan pesara pesara polis sememangnya amat berharga.


“Pengorbanan mereka dalam berjuang dalam memastikan keamanan negara sememangnya dipandang tinggi.


“Dan sempena Hari Kebangsaan ini, jasa mereka haruslah kita kenang sepanjang masa dan sentiasa membela nasib mereka,” katanya.


Hadir sama, Pengurus Stesen Minyak Shell Mak Mandin, Abdullah Mohd Noor.          


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]