Zuraida tak buat kerja?

in Politik by


PETALING JAYA – “Percaya ke Zuraidah tak buat kerja?,” tanya calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin kepada lebih 500 ahli parti itu yang hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Selangor 2018.


Soalan itu mendapat sorakan gemuruh penyokongnya dalam Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.


“Jika tak buat kerja tidak saya lawan Datuk Seri Jamal Yunos, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan tumbangkan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,” sambungnya.


[ARTIKEL BERKAITAN:  Zuraida lepas Ketua Wanita, tanding Naib Presiden PKR ]


Menurut Zuraida, beliau yang juga penyandang Ketua Wanita PKR sudah lama berjuang bersama parti itu bagi memartabatkan kaum wanita.


“Saya angkat wanita dari daif dan naif kepada yang berdikari.


“Dulu saya kutip (ambil dan hantar) AJK saya dari rumah ke rumah naik Mercedez pergi mesyuarat.. ketika itu tiada yang kata saya rasuah tapi sekarang lepas jadi wakil rakyat mereka tanya saya dapat duit dari mana?,” katanya.


Katanya, perjuangan beliau nyata menunjukkan hasil melihat wanita kini diangkat menjadi pemimpin.


“Perjuangan angkat martabat wanita nampak hasil sekarang ada yang jadi Exco, Adun, Ahli Majlis.., malah dua wanita jadi ketua kampung,” katanya.


Jelasnya, beliau bertanding menjadi Naib Presiden PKR bagi membetulkan kepimpinan akar umbi yang tidak tersusun.


“Saya bertanding Naib Presiden untuk perkukuh parti bukan hanya disegani kawan malah digeruni lawan,” katanya.


Pemilihan PKR kali ini menyaksikan Zuraida melepaskan kerusi Ketua Wanita PKR sejajar dengan semangat untuk menyuburkan agenda reformasi dalam perjuangan sayap parti berkenaan.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]