Jom sertai Kempen Kereta Untuk Abah

in Bisnes by


KUA Marketing, sebuah idea perkongsian yang lahir daripada cetusan ilham 25 jenama produk akan mengadakan Kempen Kereta Untuk Abah (KUA) selama enam bulan bermula September ini sehingga Februari 2019 bagi memberi kesedaran kepada anak muda Malaysia agar berbakti kepada ibu bapa dengan menghadiahkan sebuah kereta.


Kempen ini adalah suatu inisiatif men­didik usahwan dalam memberi manfaat kepada komuniti dan menghargai ibu bapa mereka.


Presiden kempen ini, Mohd Aminurasyid Mohd Fauzi berkata, sebuah Toyota C-HR menjadi taruhan utama dalam kempen ini di samping hadiah saguhati dan hadiah bulanan.


“Empat item akan diberikan individu bertuah dalam kategori hadiah saguhati berupa sebuah motosikal, smart TV, telefon pintar Oppo F7, dan percutian.


“Lanjutan daripada itu, enam pemenang bulanan bertuah akan dipilih bagi memenangi barangan kemas dan empat pemenang lagi akan diberikan hadiah misteri,” katanya.


Tambahnya, kempen ini adalah kerja­sama 25 syarikat SME dan Toyota Malaysia.


“Dengan pembelian mana-mana pro­duk 25 syarikat ini, orang ramai berpeluang memenangi sebuah Toyota C-HR berharga RM148,000 untuk dihadiahkan kepada ibu ayah mereka,” katanya sambil mem­beritahu antara 25 syarikat terlibat adalah Naturalife Salution Sdn Bhd; Pak Tam Sri Corner; Elhajj Products Sdn Bhd; dan Armada Rich Sdn Bhd.


Dengan setiap pembelian daripada 25 syarikat ini, pengguna akan diberikan sekeping kupon dan perlu isi butiran diper­lukan sebelum kembalikan kupon berkenaan ke syarikat jenama produk yang dibeli. Pemenang dipilih secara rawak.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]