PH siap sedia pengundian awal

in Politik by


PETALING JAYA – Jentera Pakatan Harapan (PH) sudah melakukan persiapan rapi menjelang hari pengundian awal, esok.


Calon PH, Halimey Abu Bakar berkata, beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan anggota polis dan tentera di sekitar kawasan Dun Seri Setia menerusi kempen dan ‘walkabout’ yang dilaksanakan.


”Perbincangan, persiapan dan latihan sudah dibuat bersama semua jentera PH, kita dah sedia hadapi pengundian awal, esok.


“Saya juga sudah bertemu anggota polis dan tentera di kawasan Dun Seri Setia malah pertemuan juga akan diadakan bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, malam ini,”katanya pada sidang media, hari ini.


Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 2,770 orang pengundi awal meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 orang anggota polis terlibat dalam proses pengundian awal di Dun Seri Setia.


Anggota tentera serta pasangan, mereka akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang.


Manakala bagi anggota polis pula mereka akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shah Alam.


Pusat pengundian awal itu akan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]