Piala Malaysia: Bos Gaurus idam juara Kumpulan A

in Sukan by


PERAK akan cuba untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara Kumpulan A setelah berjaya mengesahkan slot ke saingan suku akhir Piala Malaysia.


Mengulas lanjut, Kapten Perak, Mohd Nasir Basharuddin berkata, kesebelasan The Bos Gaurus akan cuba sedaya upaya untuk meraih tiga mata pada aksi terakhir peringkat kumpulan kelak.


“Sasaran untuk mara ke suku akhir sudah pun tercapai. Alhamdulillah.


“Kini kami akan cuba pula untuk dapatkan tiga mata lagi untuk menamatkan saingan di peringkat kumpulan di tempat teratas,” katanya.


Skuad Kejor Yeop Skor mara ke saingan suku akhir, setelah menewaskan TFC 2-1, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.


Penyerang import, Gilmar da Silva muncul wira skuad The Bos Gaurus itu apabila meledak dua jaringan pada minit ke-21 dan minit ke-86, manakala gol tunggal TFC, dihasilkan Ashaari Shamsuddin pada minit ke-65.


Dalam pada itu, penyerang import Perak, Gilmar da Silva berkata, kemenangan berkenaan sebagai hasil kerjasama berpasukan.


Katanya, biarpun berdepan kesukaran untuk beraksi di gelanggang lawan, namun skuad  Bos Gaurus  itu tetap berjaya mencatatkan kemenangan bagi meraih tiga mata yang cukup berharga.


“Kita berjaya layak ke suku akhir. Selalunya sukar untuk beraksi di sini (Kuala Terengganu), tetapi kami berjaya mengekalkan konsentrasi hingga tamat perlawanan,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]