PM terkejut penarikan kes Guan Eng

in Nasional by


BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terkejut penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.


SPRM dalam kenyataan ringkas hari ini menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim, 58 dan Phang, 46 berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.


[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM terkejut, Guan Eng enggan ulas]


Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).


DNAA bermakna pihak pendakwaan boleh meneruskan pertuduhan yang sama terhadap tertuduh.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]