Puak politik Iraq umum bentuk pakatan

in Global by


BAGHDAD – IRAQ.  Puak politik di Iraq yang memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Parlimen pada Mei lalu mengumumkan pakatan secara berasingan dalam parlimen yang didakwa membolehkan mereka membentuk kerajaan baharu.


Semalam, ulama Muqtada Sadr dan Perdana Menteri, Haider al-abadi berkata, mereka telah mewujudkan pakatan yang memberikan blok majoriti dalam Parlimen.


Kumpulan pembangkang dipimpin komander Hadi al-Amiri dan bekas perdana menteri, Nouri al-Maliki turut mengambil langkah sama dan didakwa menampilkan bahagian terbesar kerusi di parlimen.


Kesemua 329 ahli parlimen itu dijangka melantik speaker dan melancarkan proses pembentukan kerajaan pada hari ini.


Dalam pemilihan tersebut, blok Sadr menduduki tempat pertama disusuli pakatan Fatah pimpinan Amiri di tempat kedua dan Nasr yang dipimpin Abadi tempat ketiga.


Sementara itu, blok pimpinan Maliki berada di tempat kelima.


Kiraan semula juga terpaksa dilakukan selepas ada pihak mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya terbabit.


Prosedur itu telah menangguhkan proses pembentukan kerajaan selama tiga bulan.


Difahamkan, mana-mana kerajaan baharu perlu bertindak segera menangani isu kritikal termasuk kualiti perkhidmatan asas yang teruk dan salah urus politik serta ekonomi selain membangunkan semula negara itu yang pernah berada dalam cengkaman Daesh selama tiga tahun. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]