Semua taska di Hulu Terengganu berlesen

in Edisi Terengganu by


KUALA BERANG – Kesemua 11 premis taman asuhan kanak-kanak (Taska) beroperasi di daerah Hulu Terengganu ini mempunyai kebenaran dan lesen yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Perkara itu diakui Pegawai JKM Daerah Hulu Terengganu, Norazmy Adenan yang memaklumkan ia hasil kesedaran pengusaha taska serta pemantauan berterusan daripada pihak JKM berhubung perkara itu.


“Hasil permintaan dari semasa ke semasa, kita dapati buat masa ini tiada premis taska yang beroperasi secara haram. Kesemua 11 premis berdaftar dan miliki lesen sah daripada JKM.


“Pihak JKM sentiasa adakan pantauan pengendalian operasi semua taska, bagi taska yang berdaftar premis berkenaan perlulah mencapai tahap pemantauan telah ditetapkan.


“Setiap taska dibenarkan operasi perlu patuhi Akta Taman Asuhan 2007 selain harus dapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal yang berkaitan iaitu Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


“Selain itu, pengusaha dan pengasuh yang berkerja di premis taska juga perlulah melepasi tahap lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK),” katanya ketika ditemui di Pejabat JKM Daerah Hulu Terengganu, di sini.


Norazmy berkata, pihaknya juga tidak berkompromi terhadap mana-mana taska  


yang tidak menepati syarat atau melanggar peraturan dan tindakan tegas boleh dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.


Ujarnya, tindakan berkenaan merangkumi arahan bertulis, penutupan, pembatalan lesen, menyita premis, kompaun sehinggalah dibawa ke muka pengadilan untuk pendakwaan.


“Ibu bapa yang bekerja dan memilih untuk hantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh juga dinasihatkan agar memilih taska berlesen serta berdaftar sebagai pilihan dan langkah keselamatan.


“Bagi daerah Hulu Terengganu, sehingga kini tiada sebarang kes tidak diingini berlaku di mana-mana taska di daerah ini direkodkan dan kita harapkan statistik kosong kes ini terus kekal sampai bila-bila.


“Sebagai langkah terbaik, pihak kami lebih suka ibu bapa hantar anak-anak ke taska berdaftar kerana ia sentiasa berada di bawah pemantauan JKM dan agensi yang berkaitan,” ujarnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Norazmy berkata, bilangan nisbah antara pengasuh serta kanak-kanak juga antara perkara penting diberi penekanan dan ia mestilah dipatuhi setiap taska


“Pengiraannya ialah jika umur bayi setahun ke bawah, seorang pengasuh perlu menjaga tiga bayi. Bagi kanak-kanak berusia setahun hingga lima tahun pula, minimum lima orang kanak-kanak bagi setiap pengasuh.


“Pihak JKM juga tidak pernah menyekat mana-mana pihak yang membuka pusat asuhan di rumah tetapi ia perlu dilaporkan  untuk pemantauan sekiranya mengasuh lebih daripada empat kanak-kanak,” katanya.


Norazmy turut memaklumkan orang ramai boleh hubungi talian kasih di 15999 atau buat lapora


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]