Anthony Loke tak terkejut kes rasuah Guan Eng digugurkan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan terpulang kepada pihak berkuasa menilai kes penarikan balik pendakwaan kes rasuah ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Ditanya pemberita sama ada beliau terkejut dengan keputusan itu atau tidak, beliau secara bersahaja menjawab tidak terkejut.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu.


Loke berkata demikian ketika ditemui dalam Sidang Media selepas mengadakan perbincangan bersama tiga syarikat penerbangan di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Kuala Lumpur, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng bebas tuduhan rasuah]


[ARTIKEL BERKAITAN: Setuju tambah penerbangan musim raya: Anthony]


Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas pendakwaan kes rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Guan Eng, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang  mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili  Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.


Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan semalam melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.


SPRM menegaskan keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada suruhanjaya itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]