Jangan takut pangkah pembangkang!

in Politik by


SHAH ALAM – Pengundi awal bebas memilih wakil rakyat mereka tanpa terikat dengan mana-mana polisi selari dengan konsep Malaysia Baharu yang dilaungkan.


Calon Pas PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali, berkata, beliau menggesa mereka yang belum menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi sebelum jam 5 petang ini.


Menurutnya, peratusan keluar mengundi di Kompleks SMS PDRM setakat jam 11 pagi tadi hanya 40 peratus.


“Harap 60 peratus baki pengundi yang belum keluar undi hadir tunaikan hak masing-masing bagi memastikan keluarga tentera polis lebih terjamin baik dan cerah.


“Jika dahulu mereka rasa takut tapi sekarang mereka bebas buat pilihan tepat dan terbaik untuk masa depan negara,” katanya.


Beliau tiba kira-kira jam 11 pagi di Kompleks SMS PDRM bagi meninjau perjalanan pengundian.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]