
GUARDIAN Malaysia mengekalkan harga semasanya sepanjang September, sejajar dengan Kempen Harga Runtuh Guardian Malaysia (KDP) yang dilancarkan pada Januari lalu untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Soren Lauridsen mengumumkan Guardian Malaysia akan mengekalkan harga semua barangan di 436 cawangannya di seluruh negara.
“Kami sangat berbesar hati dengan komitmen untuk kempen ‘Mengekalkan Harga’ sedia ada, tanpa mengira impak SST. Kami melihat usaha ini adalah sesuai dan tepat pada masanya. Kami yakin bahawa usaha ini akan menggembirakan pelanggan,” katanya.
Di bawah ‘Kempen Harga Runtuh’ yang kini memasuki bulan kelapan, empat ke lima rangkaian lengkap produk ditawarkan pada harga potongan sebanyak 10 hingga 70 peratus, pada setiap Jumaat hingga Ahad, manakala program KDP akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
“Kedua-dua kempen ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang, secara langsung dan telus, untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup mereka,” tambahnya.
Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun dan memiliki reputasi baik dalam menawarkan pelbagai produk eksklusif dan bermutu tinggi pada harga yang sangat berpatutan.
Kempen-kempen ini adalah sebahagian strategi Guardian untuk memberi tumpuan kepada jenama dan sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan.
Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi semasa, layari www.guardian.com.my.
Source: SH Bisnes
[featured-video-plus]