Kerajaan Selangor beri peruntukan kepada Adun BN

in Politik by


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan memberikan peruntukan kepada Adun BN pada penggal ini bagi melancarkan tugas serta memastikan semua program rakyat yang dirancang dapat dilaksanakan di kawasan masing-masing.  


Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pada penggal sebelum ini, Adun BN menolak peruntukan yang diberi, namun kali ini kerajaan negeri tetap akan memberikan mereka peruntukan tersebut.


“Pemberian peruntukan tersebut adalah sebahagian dari polisi kerajaan negeri dan sebelum ini,  kita peruntukkan RM200, 000 setahun bagi setiap Adun BN di negeri ini.


“Jadi, kita akan beri jika mereka mahu dan saya harap mereka dapat memanfaatkan peruntukan tersebut seperti mana yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di lobi Sidang Dun, Selangor, hari ini.


Pada penggal terdahulu, seramai 12 Adun BN Selangor bertindak menolak peruntukan RM200,000  setahun yang diberikan kerajaan negeri menerusi Bajet 2015 yang dibentangkan pada Sidang Dun ketika itu.


Kesemua Adun BN bertindak demikian kerana mendakwa kerajaan negeri tidak adil ekoran Adun PH menerima peruntukan berjumlah RM700, 000 setahun bagi setiap Adun


Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail ketika diajukan berkenaan isu peruntukan berkenaan memberitahu, BN akan menerima peruntukan Adun yang akan diberikan kerajaan Selangor pada penggal ini.


“Dulu memang kita tolak peruntukan diberi kerajaan negeri tetapi kali ini landskap politik sudah berubah.


“Kini pentadbiran secara total di bawah PH, jadi kita perlu ambil (peruntukan) untuk kemudahan rakyat,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]