PBB gesa bebas dua wartawan Reuters

in Global by


GENEVA – SWITZERLAND. Ketua hak asasi manusia PBB, Michelle Bachelet, semalam terkejut dengan keputusan mahkamah yang menyaksikan dua wartawan Reuters dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.


“Saya benar-benar terkejut. Saya menggesa Myanmar segera membebaskan Kyaw Soe Oo dan Thet Oo Maung tanpa syarat. Perbicaraan itu seakan mempersendakan keadilan,” kata bekas presiden Chile itu pada hari pertama beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia.


Jelasnya, liputan berita tentang pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di perkampungan Inn Din yang dibuat oleh Wa Lone, 32, dan Soe Oo, 28, pada September 2017 itu akhirnya berjaya membuatkan tentera Myanmar mengaku bertanggungjawab dan mendapat perhatian banyak pihak.


“Sabitan ke atas mereka disusuli dengan proses undang-undang jelas melanggar standard antarabangsa. Saya menghantar mesej kepada seluruh wartawan di Myanmar supaya mereka tidak takut untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.


Tetapi, mereka perlu menutup mulut atau menyembunyikan identiti jika tidak mahu menerima nasib sama seperti ini. Saya menggesa sabitan ke atas kedua-dua wartawan itu dibatalkan dan kesemua rakan seperjuangan mereka yang ditahan kerana menggunakan hak kebebasan bersuara agar dibebaskan ,” ujarnya.


Wa Lone dan Soe Oo ditahan di penjara Insein di Yangon sejak Disember lalu dan didakwa melanggar undang-undang rahsia negara itu kerana membuat liputan tentang pembunuhan kejam penduduk Islam Rohingya.


Kes tersebut turut mencetuskan bantahan masyarakat antarabangsa malah imej ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi turut tercalar kerana beliau hanya berdiam diri tentang kekejaman ke atas golongan minoriti tersebut. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]