PBB perbesar isu penghijrahan Venezuela

in Global by


CARACAS – VENEZUELA. Kerajaan Venezuela menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperbesarkan krisis penghijrahan penduduk negara itu, bagi membolehkan campur tangan antarabangsa di negara berkenaan.


Naib Presiden, Delcy Rodriguez, berkata pihaknya mengemukakan bantahan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengenai tindakan beberapa pegawai badan dunia itu yang dianggap satu bentuk campur tangan.


Rodriguez berkata, pegawai PBB menggambarkan aliran penghijrahan penduduk sebagai satu krisis kemanusiaan.


PBB dilaporkan berkata, seramai 1.6 juta rakyat Venezuela telah meninggalkan negara itu sejak 2015, susulan masalah ekonomi yang menyebabkan isu bekalan asas seperti makanan dan perubatan.


Kemelesetan ekonomi Venezuela memasuki tahun keempat, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan kadar inflasi di negara Amerika Selatan itu bakal mencecah kadar satu juta peratus, tahun ini.


Krisis penghijrahan berkenaan turut menimbulkan ketegangan di Colombia, Brazil, Ecuador dan Peru, yang menjadi tumpuan rakyat Venezuela, bagi memperoleh kehidupan lebih baik. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]