Pelajar maut jatuh bangunan

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat lapan kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, di sini, semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa keluar dari rumahnya itu kira-kira jam 10 malam.


Menurut Kamal, pelajar yang berusia 17 tahun itu bagaimanapun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kecederaan teruk di bahagian kaki, tangan dan kepala.


“Menurut ayahnya, mangsa ada mengalami masalah kemurungan yang teruk sejak lima tahun lalu.


“Mangsa juga seorang yang sensitif dan sering bercakap seorang diri selain pernah dinasihati ayahnya untuk mendapat rawatan di hospital, namun ditolak,” katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.


Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah mati mengejut dan siasatan  masih diteruskan buat masa ini.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]