Proses undi awal PRK Balakong lancar

in Politik by


BALAKONG – Proses pembuangan undi awal PRK Balakong berjalan lancar apabila sebahagian besar pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.


Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, seramai 31 anggota polis dari dua daerah mengundi di Bandar damai perdana dan Bandar Tun Hussein Onn mengundi di pusat mengundi awal di Balai Polis Seri Kembangan.


“Setakat ini 17 anggota polis telah mengundi, pusat mengundi ini akan ditutup pada jam 12 tengah hari,” katanya.


Seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Dun Balakong mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN:Adun Balakong maut kemalangan]


PRK Dun Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng daripada DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.


Pada PRU14, Tien Chee menewaskan calon BN Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]