Rizam dilantik Ketua Pembangkang Selangor

in Politik by


SHAH ALAM –  Adun Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor baharu hari ini.


Pelantikan itu diumumkan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri(Dun) Selangor ke-14 dimulakan hari ini.


Suee Lim berkata, pihaknya menerima surat pencalonan jawatan itu daripada BN Selangor pada 27 Jun lalu.


“Sidang Dewan Negeri telah membuat penelitian dan setuju untuk memasyhurkan Rizam sebagai Ketua Pembangkang Selangor.


“Saya berharap semua Adun dapat menerima pelantikan yang ditetapkan dan berharap ketua pembangkang baharu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan tidak meletak jawatan,” katanya dalam nada berseloroh.


Sebelum ini, Dewan Negeri Selangor tidak mempunyai ketua pembangkang selepas Umno tidak melantik pengganti Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan pada 8 Disember 2014.


Mohd Shamsuddin dilapor meletak jawatan tersebut susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.


Katanya, tindakan Dun Selangor meminda peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada pilihan.


“Tiada lagi prinsip integriti diamalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]