Sultan Johor rasmi Pusat Konservasi Tunku Abdul Jalil

in Edisi Johor by


MERSING – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Pusat Konservasi Tunku Abdul Jalil berpusat di Batu-Batu Resort, Pulau Tengah, Mersing, semalam.


Menerusi posting dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim bukan sahaja seorang putera berjiwa rakyat, malah mempunyai minat mendalam dalam bidang zoologi.


Pusat itu dikendalikan oleh empat saintis secara sepenuh masa, pelatih biologi serta sukarelawan yang akan menjalankan pelbagai projek konservasi sepanjang tahun.


Ini termasuk projek-projek pemuliharaan marin serta program pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan isu alam sekitar.


Secara tidak langsung, ini juga bagi memastikan keindahan persekitaran serta sumber semula jadi di laut Johor sentiasa dilindungi.


Menurut laman tersebut juga, pusat berkenaan didedikasikan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil yang berkelulusan dalam bidang zoologi dan konservasi dari United Kingdom.


Almarhum juga amat aktif dalam pelbagai organisasi dan pertubuhan berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta penjagaan hidupan liar. 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]