Tangan tersepit mesin pemotong daging

in Edisi by


GEORGETOWN – Seorang pekerja warga Myanmar terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tersepit pada mesin pemotong daging dalam kejadian di Taman Lip Sin, Sungai Dua di sini petang tadi.


 Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 1.24 tengah hari terus bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.


 Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Win Thu Latt, 44, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.


 “Komander operasi dari balai bomba dan penyelamat membawa mangsa ke hospital bagi membantu menenangkan mangsa.


 “Dengan menggunakan alat pemotong hydrolic akhirnya besi yang tersepit pada tangan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.


 Mangsa dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]