
TOKYO – JEPUN. Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih sejuta penduduk akibat taufan Jebi yang melanda barat negara itu, hari ini, dengan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut.
Rakaman televisyen menunjukkan ombak besar di tepi pantai dan bumbung besi berselerak di tempat letak kereta berikutan angin kuat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jepun berdepan ‘Taufan Jebi’ paling kuat]
Seorang lelaki berusia 71 tahun ditemui mati di bawah sebuah gudang runtuh berkemungkinan kerana angin kuat, manakala seorang lagi mangsa berusia 70-an dilaporkan maut setelah terjatuh dari bumbung, lapor stesen televisyen kerajaan sambil menambah lebih 90 orang cedera. – Reuters
Source: SH Global
[featured-video-plus]