Angka korban Taufan Jebi meningkat

in Global by


TOKYO – JEPUN. Angka korban taufan Jebi meningkat kepada 9 orang dengan ribuan lagi terkandas di lapangan terbang utama akibat kerosakan yang disebabkan oleh bencana itu.


Penyiar rasmi, NHK berkata angka korban kini meningkat sembilan orang dengan agensi berita Jiji melaporkan lima daripadanya terbunuh di Osaka.


Beratus-ratus lagi penduduk mengalami kecederaan akibat terkena serpihan objek yang berterbangan.

Taufan Jebi akibatkan kemusnahan teruk.


Taufan Jebi membadai pantai barat Jepun sekitar tengah hari semalam dengan kelajuan maksimum 216 kilometer sejam beserta hujan lebat.


Taufan kuat itu bukan saja menerbangkan bumbung dan menumbangkan pokok malah turut menghanyutkan sebuah kapal tangki seberat 2,591 tan yang sedang berlabuh di Teluk Osaka sebelum menghentam jambatan yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.


Kerosakan pada jambatan berkenaan mengakibatkan lapangan terbang itu terputus hubungan dengan tanah besar.


Pegawai kementerian pengangkutan berkata, kira-kira 3,000 orang dilaporkan terkandas di situ sejak semalam.


Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun berkata, sehingga pagi ini, nasihat berpindah dikeluarkan kepada lebih 1.2 juta penduduk, manakala hampir 30,000 lagi penduduk di kawasan yang lebih serius diarahkan berpindah.- AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]