Bertudung memang wajib: Norlia Ghani

in Hiburan by
Pelakon, Norlia Ghani

Bertudung memang wajib: Norlia Ghani


PELAKON, Hajah Norlia Ghani, 69, berkata menutup aurat itu adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam.


Sekembalinya daripada mengerjakan ibadah rukun Islam yang kelima, Norlia yang dilihat kini berhijab sepenuhnya bagaimana pun tidak mahu mengulas panjang.


“Kita buat yang terbaik… walaupun dah pergi haji tapi tak janji lah.


“Kita kan manusia kadang-kadang terlepas cakap nanti nak tarik balik tak boleh. Kita buat yang terbaik, insya-ALLAH.


“Kalau dah bertudung memang wajib, namun kadang-kadang keadaan sebagai seorang pelakon tak boleh nak cakap habis sebab ada masanya mungkin terpaksa,” ujarnya kepada Sinar Harian.


Terus ditanya adakah dramatis berbakat besar ini akan lebih selektif dalam pemilihan watak yang menutup aurat sahaja, ini jelasnya.


“Saya jarang berlakon yang selain jadi mak-mak tua, eloklah kita berhijab.


“Kalau berlakon saya tak dapat nak memilih, serah sahaja kepada ALLAH,” tuturnya.


Rata-rata yang melihat imej dramatis itu memuji wajahnya tampak berseri-seri, bahkan peminatnya berharap semoga perubahan baik ini hajah kekal istiqamah.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]