Calon tempatan bukan kelebihan

in Politik by


PETALING JAYA – Soal calon tempatan atau calon luar disifatkan bukan lagi sebagai faktor penting dalam menghadapi era politik masa kini, khususnya menjelang PRK Dun Seri Setia.


Calon Pas, Dr Halimah Ali berkata, sebaliknya faktor terpenting adalah soal sejauh mana kemampuan seseorang calon bertanding berkhidmat dan melaksanakan mandat yang diberi rakyat.


“Sebenarnya pilih calon yang lahir di sini (tetap)  saya rasa itu cara pemikiran lama. Kita sudah melalui anjakan paradigma sama ada lahir sini ke tidak.


“Contoh, kenapa sesebuah kelab bola sepak boleh nak bayar seorang pemain import? Ia kerana dia adalah pemain yang tunjukkan prestasi.


“Jadi sama ada dia (Halimey Abu Bakar) lahir sini atau tidak, perbezaannya nanti ialah ia akan menambah satu undi. Halimey akan mengundi Halimey dan Dr Halimah tidak mengundi Dr Halimah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program kempen di SK Kg Lindungan.


Mengulas lanjut, Halimah berkata, keputusan PRK Dun Seri Setia bukan terletak di tangan beliau atau Halimey, sebaliknya ia akan terletak di tangan 54, 000 pengundi di kawasan itu.


“Ada 54, 000 pengundi yang akan memilih antara Dr Halimah atau Halimey. Ini bukan kampung, ini bandar. Orang akan berubah sekejap sini, sekejap tempat lain. Ini bandar, dia tak boleh fikir macam orang kampung.


“Kalau kamu buat kajian, berapa orang daripada 54, 000 itu yang kenal Halimey di sini? Jadi arguement (calon tempatan) dia tu lain macam sikitlah, tidak mengikut keadaan kontemporari,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]