Celcom sambut baik keputusan kerajaan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd menyambut baik keputusan kerajaan mengecualikan perkhidmatan prabayar daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuat kuasa esok.  


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Idham Nawawi berkata, komunikasi mudah alih itu telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan harian rakyat.


“Justeru itu, keputusan ini akan memberikan kesan positif kepada ramai pengguna mudah alih prabayar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN:  Kad prabayar dikecualikan cukai perkhidmatan mulai esok]


http://www.sinarharian.com.my/nasional/kad-prabayar-dikecualikan-cukai-perkhidmatan-mulai-esok-1.876181


Celcom juga akan menyediakan rebat cukai kepada pelanggan Malaysia yang telah membeli pelan prabayar sejak 1 September 2018.


Celcom komited untuk menyediakan kepada pelanggan pakej yang mampu milik, mendokong aspirasi dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi kebajikan rakyat Malaysia menerusi rangkaian kami di seluruh negara, katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]