Empat maut, 18 cedera letupan di kelab sukan

in Global by


KABUL – AFGHANISTAN. Seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam sebuah kelab sukan di ibu kota Afghanistan hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 18 lain, kata pihak berkuasa.


Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai mengesahkan serangan itu dan berkata, mangsa yang cedera segera dikeluarkan dari kelab terbabit.


“Berdasarkan maklumat awal, letupan disebabkan pengebom berani mati,” kata Stanikzai.


Pengguna media sosial yang menjadi saksi serangan berkata, pengebom membunuh pengawal kelab sebelum meletupkan diri di bahagian dalam.


“Penyerang meletupkan diri di dalam di mana sejumlah besar orang berkumpul. Ramai yang maut dan cedera,” kata Mohammad Hanif di Facebook. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]