Lantikkan Dr Maszlee bukan bersifat jawatan eksekutif

in Nasional by


SHAH ALAM – Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukanlah bersifat jawatan eksekutif sebaliknya ia cuma ‘ceremonial’.


Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UIAM (ASA IIUM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar menjelaskan bahawa pihaknya memang menjangkakan akan berlakunya polemik berhubung pelantikan itu namun atas beberapa alasan, Maszlee perlu dilantik.


Katanya, pelantikan Maszlee juga hanya bersifat sementara.


“Dalam isu pentadbiran UIAM, ada keperluan mendesak untuk melakukan perubahan dan memperbetulkan kesilapan.


“Saya diberitahu bahawa perlantikan ini adalah untuk jangka pendek, dan untuk tujuan yang khusus,” katanya kepada Sinar Harian.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas minta UIAM pertimbang semula lantikan Maszlee ]


Semalam, Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]