Mahkamah Israel lulus roboh kampung Palestin

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Mahkamah tertinggi Israel semalam mengekalkan perintah untuk merobohkan sebuah perkampungan Badawi Palestin di Tebing Barat meski wujud tekanan antarabangsa.


Keputusan itu bermaksud dalam tempoh tujuh hari lagi, pihak berkuasa akan dibenarkan untuk merobohkan Kampung Khan al-Ahmar yang didakwa Israel dibina secara haram.


“Kami menolak petisyen menentang arahan untuk merobohkan Khan al-Ahmar. Arahan sementara menghalang kerja-kerja merobohkan kampung ini akan dibatalkan dalam tempoh tujuh hari, mulai hari ini (semalam),” menurut keputusan panel hakim mahkamah agung.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa kumpulan hak asasi menentang pemusnahan kampung itu yang hanya mempunyai struktur buatan sendiri daripada aluminium dan kayu.


Keputusan itu membolehkan penempatan haram Yahudi diperluaskan dan menjadikan harapan sebuah negara Palestin kian sukar. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]