Manalah adik pergi?

in Global by


GUANGXI – CHINA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan yang hilang selama empat hari gara-gara merayau di kawasan hutan berhampiran rumahnya, akhirnya ditemui selamat.


Anak kecil yang diberi nama Xiaojiao itu dikatakan sedang bermain di kawasan rumah bersama dua adik-beradiknya yang masing berusia empat dan enam tahun apabila dia tersesat ketika merayau seorang diri.


Kejadian berlaku Sabtu lalu di sebuah kampung kecil di wilayah Guangxi, pada awalnya bapa mangsa meminta bantuan ahli keluarga untuk mencari anak kecilnya, namun tidak melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak berkuasa sehinggalah keesokan harinya.


Untuk tiga hari berikutnya, sejumlah besar anggota polis dan penduduk kampung bekerjasama mencari anak kecil itu, hujan yang melanda meningkatkan kebimbangan kanak-kanak itu mungkin terjatuh atau lemas.


Semakin terdesak dan dihimpit keresahan, khidmat anjing pengesan dan dron turut digunakan dalam operasi mencari, malah anggota penyiasat juga memeriksa rakaman kamera keselamatan di kawasan sekitar serta menahan kenderaan yang dilihat mencurigakan.


Usaha mencari diteruskan dan pada hari keempat, seorang penduduk kampung mendengar bunyi aneh dari kawasan semak di sebuah lereng curam, ternyata bunyi itu datang daripada Xiaojiao yang mengalami luka, dan gigitan serangga di seluruh badan.


Menyifatkan penemuan sebagai satu ‘keajaiban’, keluarga Xiaojiao amat bersyukur anak mereka mereka masih hidup setelah hilang selama empat hari.  – China Daily/Asia News Network


Source: SH Global

[featured-video-plus]