PRK Seri Setia: Penahanan bekas Adun tak jejas Pas

in Nasional by


ALOR SETAR – Penahanan bekas Adun Pas Selangor diyakini tidak mengugat kredibiliti calon, Dr Halimah Ali dan persiapan jentera Pas menghadapi PRK Seri Setia, Sabtu ini.


Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, difahamkan, bekas Adun Pas ditahan reman dua hari kerana didakwa meluluskan projek bernilai RM50,000 untuk syarikat anaknya.


Nasrudin berkata, pihak lawan berkemungkinan menggunakan sepenuhnya isu penahanan bekas Adun Pas untuk PRK Seri Setia, bagaimanapun ia diyakini tidak akan memberi kesan kepada mereka.


“Pada hemat saya, isu terbabit berkemungkinan digunakan sepenuhnya pihak lawan di Seri Setia. Namun, kita yakin bahawa ia tidak akan menggugat kredibiliti calon, Dr Halimah Ali dan persiapan Pas menghadapi PRK Seri Setia.


“Yang pertamanya, ia masih dalam proses siasatan, dan dia bukanlah disabitkan salah lagi.Jadi, ia tidak melambangkan intregiti Pas sendiri. Yang keduanya, kita belum tahu isunya apa ataupun bentuk pendakwaan dan sebagainya,”


Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian selepas Ceramah Perdana: SST LGBT Merdeka di Pejabat Pas Kawasan Kuala Kedah di Kuala Sungai, Kubang Rotan, malam tadi.


Tambahnya, beliau merasakan pengundi PRK Seri Setia lebih memberi tumpuan kepada isu penarikan semula kes Lim Guan Eng yang jelas berlaku, berbanding isu lain yang masih samar-samar.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]