Projek naik taraf bukan raih undi

in Edisi by


BALAKONG – Projek menaiktaraf Jalan Balakong bukan ‘alat’ untuk meraih undi calon PH sempena PRK Balakong.


Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata,  projek tersebut secara kebetulan dilaksanakan dalam tempoh kempen PRK Balakong.


“Kita sepatutnya meneruskan projek ini demi keselesaan pengguna jalan raya.


“Ia juga merupakan hasrat kerajaan baharu untuk membangunkan infrastruktur di mana-mana tempat,” katanya pada majlis pecah tanah untuk Projek Menaiktaraf Jalan Balakong, semalam.


Baru berkata, sebuah syarikat pemaju perumahan akan melaksanakan projek tersebut dalam masa terdekat.


“Pemaju tersebut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), kos projek bernilai RM8 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, projek menaiktaraf ini membabitkan jalan sejauh 800 meter.


“Skop kerja pula adalah pelebaran jalan empat lorong, dua persimpangan berlampu isyarat juga akan dinaik taraf, menaik taraf saliran longkang pemasangan lampu jalan dan pengalihan utiliti,” katanya.


Projek tersebut dijangka siap dalam tempoh enam bulan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]