Reza Hasbi teruja bakal timang cahaya mata kedua

in Hiburan by
Pelakon, Reza Hasbi

Reza Hasbi teruja bakal timang cahaya mata kedua


PELAKON, Reza Hasbi, 29, berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua, apabila isterinya, Rosedarlila kini hamil tiga bulan.


Menurut Reza, dia merancang untuk menambah zuriat lagi apabila putera pertamanya Muhammad Rifqi Danial cukup umur dua tahun. Namun begitu, rezeki ALLAH lebih awal.


“Alhamdulillah, perasaan saya kali ini lain dari yang pertama. Kali ini lebih tak sabar-sabar sebab nak tahu macam mana pula rupa dan jantina anak kedua.


“Tapi saya tak nak tahu jantina anak, biar ada kejutan lebih seronok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Dalam perkembangan kerjaya, Reza Hasbi kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri 13 episod untuk siaran Salam HD113, berjudul Mek Gyver 2 terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd.


Reza dan isteri, Rose selamat berkahwin sekitar bulan Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki kini berusia dua tahun lebih.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]