RM4 juta taruhan Dota 2 Major Kuala Lumpur

in Sukan by


BERITA baik untuk peminat e-sukan khususnya Dota 2 di mana buat pertama kalinya Kejohanan Dota 2 Major bakal berlangsung pada 16 hingga 18 November depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.


Kejohanan yang mendapat kerjasama Astro, PGL, Imba TV serta disokong Kementerian Belia dan Sukan itu akan menampilkan 16 pasukan antarabangsa yang akan bertanding bagi merebut hadiah terkumpul lebih RM4 juta.


Ketika pengumuman permulaan Dota 2 Major melibatkan Dota Pro Circuit itu dibuat siang tadi, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq berkata, Malaysia adalah salah sebuah negara yang mempunyai peminat e-sukan terbesar di Asia Tenggara.


“Dengan minat dan sokongan terhadap industri e-sukan, saya berharap acara ini dapat membawa arena esukan ke peringkat seterusnya seperti hub e-sukan dan fasiliti yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.


Bagi peminat e-sukan ini yang ingin menyaksikan acara akhir secara langsung, tiket akan mula dijual pada 1 Oktober melalui laman web rasmi.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]