Sebat wajar dilakukan di semua negeri

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Pelaksanaan hukuman bagi pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang melakukan jenayah dan menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada wajar dilaksanakan di semua negeri di negara ini.


Aktivis Masyarakat Noor Hasni Saad berkata, perbuatan terkutuk itu perlu dipandang serius dan diberikan hukuman dengan setimpal.


“Kita lihat perkara terkutuk seperti hubungan sejenis ini sememangnya perkara yang tidak boleh diterima dengan akal yang waras dan bertentangan dengan nilai Islam itu sendiri.


“Bagi saya memang wajar hukuman dilaksanakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan perkara sebegini, dan perlu diperluaskan ke semua negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian merujuk kepada pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis di Terengganu baru-baru ini.


Menurutnya, apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak.


“Yang salah tetap kita katakan salah, dalam Islam sendiri pun dah melarang, mengapa nak bertopengkan hawa nafsu dan jelas sekali hukuman ini bukan semata-mata menghukum malahan mendidik dan memberikan pengajaran.


“Hubungan sejenis perlu ditepis dan dibuang jauh-jauh daripada masyarakat sebab ia ibarat satu barah yang bukan sahaja merosakkan insan dan keluarga malah institusi masyarakat itu sendiri,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak]

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]