Sukma Perak: Sarawak sasar 77 pingat emas

in Sukan by


SARAWAK menyasarkan sejumlah 77 pingat emas dalam usaha untuk muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) pada Sukma ke-19 di Perak dari 11 hingga 22 September.


 Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata beliau berpuas hati dengan persiapan peringkat akhir oleh atlet dan pegawai negeri bagi Sukma.


“Saya secara peribadi percaya bahawa (memenangi 77 emas) boleh dicapai terutama melalui komitmen dan keazaman yang ditunjukkan oleh semua atlet dan jurulatih,” kata beliau semasa meninjau latihan pasukan akuatik negeri di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Petra Jaya di sini hari ini.


Beliau berkata, bukan sahaja para atlet bersemangat dan teruja untuk beraksi pada Sukan itu tetapi rakyat Sarawak juga ingin melihat Sarawak sekali lagi muncul juara.


“Sungguh bersemangat apabila melihat penolong chef-de-mission bersama Chef-de-Mission Datuk Snowdan Lawan bekerja keras semasa melakukan persiapan di peringkat akhir,” kata Abdul Karim. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]